awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
Banjir: Mangsa di Pahang dan Sarawak meningkat, Johor menurun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat terikat dalam guni: Ada kesan lebam di pipi dan kepala - Polis

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
30/05/2022
09:08 MYT
Mayat terikat dalam guni: Ada kesan lebam di pipi dan kepala - Polis
Jumaat lalu mayat seorang lelaki ditemukan terapung dalam keadaan tangan dan kaki terikat disumbat di dalam guni. - Foto Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Hasil dapatan bedah siasat yang dijalankan terhadap mayat seorang lelaki yang ditemukan terapung Jumaat lalu berhampiran pangkalan ikan bilis di Kampung Sungai Batu, di sini mendapati terdapat kesan lebam di pipi sebelah kanan dan di kepala mangsa.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata mangsa juga dipercayai telah dipukul dengan objek tumpul sebelum tangan dan kaki diikat serta disumbat di dalam guni sebelum dibuang di dalam sungai.
Zaidi memaklumkan mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berikutan mempunyai tanda suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin) dan polis kini menanti laporan kimia yang telah di hantar bagi mengenal pasti identiti mangsa.
"Hasil post-mortem (bedah siasat) didapati mangsa ada kesan dipukul di bahagian tepi muka dan juga di kepala. Kita ada dapatkan laporan daripada bahagian pergigian untuk menentukan usia sebenarnya, maka anggaran umur dia yang doktor bagi tahu antara 30 ke 40 tahun," katanya.
Zaidy berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini hari ini.
Tambahnya, polis juga percaya mangsa telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam guni dan dicampak ke dalam sungai.
Selain itu mangsa juga dipercayai sudah meninggal dunia dua hari sebelum mayatnya ditemui terapung.
Katanya, siasatan menyeluruh masih dijalankan kerana ianya bermotifkan pembunuhan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jumaat lalu mayat seorang lelaki ditemukan terapung dalam keadaan tangan dan kaki terikat disumbat di dalam guni.
Mayat tanpa identiti itu ditemui pemancing selepas terhidu bau busuk.
Jenayah | Mayat lelaki ditemui terikat di dalam guni
Topic Berkaitan
#mayat terapung
#mayat dalam guni
#Sungai Petani
#bunuh
#nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan