awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita dalam gaung: Tempoh reman tiga individu dilanjut

Bernama
Bernama
29/03/2022
09:32 MYT
Mayat wanita dalam gaung: Tempoh reman tiga individu dilanjut
Polis sebelum ini menahan dua lelaki berumur 41 dan 44 tahun serta wanita berumur 18 tahun berkenaan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Gambar fail/Sinar Harian
SEREMBAN: Perintah reman ke atas dua lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan penemuan mayat seorang wanita dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah disambung enam hari lagi.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata reman terhadap dua lelaki berusia 41 dan 44 tahun serta wanita berusia 18 tahun itu disambung bermula esok hingga 4 April selepas tempoh reman mereka sejak 23 Mac lepas tamat hari ini.
"Selain itu, pencarian yang bermula semalam di kawasan belukar berhampiran tangki air di Taman Bukit Zamrud disambung pada 9.30 pagi tadi dengan menggunakan tiga anjing pengesan di kawasan seluas 200 meter radius. Setakat ini tiada petunjuk baharu ditemui," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Kes mayat wanita dalam gaung, tiga individu direman
BACA: Suspek dipercayai sorok kematian
Tinjauan Bernama mendapati sepasukan anggota forensik polis melakukan pemeriksaan di kediaman yang dipercayai didiami suspek di Taman Nee Yan, dekat sini kira-kira 2.45 petang tadi.
Pada 20 Mac lepas, mayat wanita tanpa identiti itu ditemukan dalam keadaan tertiarap dan laporan bedah siasat mayat itu telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi pengesahan punca kematian.
Susulan itu, polis menahan dua lelaki berumur 41 dan 44 tahun serta wanita berumur 18 tahun berkenaan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Baru-baru ini, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata mayat itu dipercayai ditinggalkan di lokasi terbabit bagi menyorokkan kematiannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat wanita
#mayat dalam gaung
#sembunyikan kematian
#Polis Seremban
#Bukit Putus
#Kuala Pilah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan