awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Greta Thunberg ditahan dalam protes di London, sokong mogok lapar Palestine Action
Rusia ‘tidak boleh sabotaj’ usaha diplomasi AS - Zelenskyy
Petronas perkukuh agenda integriti, antirasuah bersama SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita dibaham buaya di Kalabakan ditemukan selepas 12 jam

Petrus Bernard
Petrus Bernard
10/10/2021
11:25 MYT
Mayat wanita dibaham buaya di Kalabakan ditemukan selepas 12 jam
Katanya, operasi SAR ditangguhkan selepas pukul 12 tengah malam atas faktor risiko di kawasan kejadian. - Ihsan Bomba.
KALABAKAN: Seorang wanita maut di Kampung Serudung Laut, Kalabakan dipercayai akibat diserang buaya, pada Ahad.
Mayat Fosanih Nansel, 22, ditemukan pada 8 pagi tadi oleh penduduk kampung yang mencarinya, selepas wanita itu dilaporkan hilang di sungai kampung berkenaan sejak semalam.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada 8.19 malam mengenai mangsa diserang buaya.
Katanya, operasi SAR ditangguhkan selepas pukul 12 tengah malam atas faktor risiko di kawasan kejadian.
"Maklumat daripada keluarga diterima dan operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan pada hari ini dan mangsa ditemukan penduduk kira-kira 300 meter daripada lokasi mangsa dilaporkan diserang buaya," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi berkenaan ditamatkan pada 10.27 pagi.
Topic Berkaitan
#baham buaya
#Kalabakan
#mayat wanita
#maut
#Kampung Serudung Laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan