awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan 1MDB Najib ditangguh, sambung lepas solat Jumaat
8 maut bangunan runtuh di Mesir
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita ditemui dalam perangkap sampah

Sinar Harian
Sinar Harian
27/01/2022
15:06 MYT
Mayat wanita ditemui dalam perangkap sampah
Polis menemui mayat seorang wanita dengan tangannya diikat dengan seluar dalam perangkap sampah di kawasan kunci air di Sungai Kandis di sini pada Selasa. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Polis menemui mayat seorang wanita dengan tangannya diikat dengan seluar dalam perangkap sampah di kawasan kunci air di Sungai Kandis di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mayat mangsa ditemui sekitar jam 10.40 pagi itu dipercayai meninggal dunia sekitar tujuh hari lalu.
Menurutnya, tiada kecederaan fizikal dikesan pada tubuh mangsa.
"Identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan mangsa memakai sebentuk cincin batu berwarna merah di jari manis kiri, memakai singlet berwarna hitam.
"Ketinggian mangsa lebih kurang 150 cm, rambut beruban dan bergigi jarang, mangsa tidak berseluar. Seluar mangsa disyaki digunakan untuk mengikat mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sehubungan itu, beliau menggesa orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Shazrin di talian 0355202022 untuk membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mayat wanita
#perangkap sampah
#sungai kandis
#Polis Daerah Shah Alam
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan