awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita ditemukan di Pantai Tanjung Aru

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
29/08/2022
04:40 MYT
Mayat wanita ditemukan di Pantai Tanjung Aru
Wanita terbabit dikatakan sedang berjalan ke pantai sebelum dipercayai rebah lalu meninggal dunia.- Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Mayat seorang wanita warga emas berusia 73 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan pantai Tanjung Aru di sini, hari ini.

Mangsa yang merupakan warga tempatan ditemukan oleh orang awam sekitar 6.30 pagi sebelum memaklumkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan polis terus dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.
Mohd Zaidi berkata, setibanya di lokasi, mangsa ditemui terdampar di Pantai Tanjung Aru 3, berhampiran Stesen Meteorologi Kota Kinabalu.
“Siasatan awal mendapati, mangsa yang memandu kereta Proton Gen 2 dipercayai pergi ke kawasan pantai berkenaan untuk beriadah.
“Polis turut menemui kunci, dompet dan telefon bimbit yang ditinggal di dalam kenderaan berkenaan," katanya.
Mangsa dipercayai berjalan-jalan di pantai berkenaan sebelum rebah dan meninggal dunia.
Tambahnya, pemerhatian luaran tidak menemui sebarang kecederaan di tubuh badan mangsa dan tiada sebarang kesan pergelutan.
“Setakat ini, polis belum mengesan sebarang kecederaan atau tanda-tanda yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah," katanya.
Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR).
Sehubungan itu, Mohd Zaidi turut meminta orang ramai atau saksi kejadian supaya tampil bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#mayat wanita ditemukan
#Pantai Tanjung Aru
#Kota Kinabalu
#kematian mengejut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan