awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita ditemukan terapung dalam kolam

Bernama
Bernama
24/10/2023
12:14 MYT
Mayat wanita ditemukan terapung dalam kolam
Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan terapung di sebuah kolam di kawasan Pokok Machang, Tasek Gelugor, semalam. - Foto Sinar Harian
KEPALA BATAS: Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan terapung di sebuah kolam di kawasan Pokok Machang, Tasek Gelugor, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Mohd Asri Shafie, berkata mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada 24 jam itu ditemukan seorang lelaki yang melalui kawasan tersebut pada jam 6.50 petang sebelum menghubungi pihak polis memaklumkan kejadian berkenaan.
"Lelaki yang menjumpai mayat itu memaklumkan dia ternampak satu objek seperti bangkai dalam keadaan tertiarap dan apabila mendekati dia terkejut apabila mendapati ia adalah badan manusia.
"Mayat ini kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu atau kehilangan ahli keluarga agar menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Winston Raip di talian 04- 576 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat terapung dalam kolam
#wanita
#tasek gelugor
#Polis Daerah Seberang Perai Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan