awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mazda CX-3 sudah muncul

Astro Publication
Astro Publication
19/11/2014
09:27 MYT
Mazda CX-3 sudah muncul
Mazda sudah mempersembahkan model terbaru mereka: crossover CX-3, iaitu model kelima mereka yang menggunakan rekaan Kodo – Soul of Emotion, dan teknologi Skyactiv.
Untuk bahagian luaran, kita dapat perhatikan rekaan yang kelihatan gagah yang datang daripada puncak fender hadapan yang diletakkan betul-betul dibawah A-pillar. Oleh itu bahagian hadapan kereta ini kelihatan lebih panjang dari sebenarnya; bahkan crossover ini secara keseluruhan kelihatan lebih besar dari sebenarnya. Kesan ditambah lagi dengan menjadikan D-pillar berwarna gelap. Tayar berukuran 18 inci adalah pilihan tambahan yang disempurnakan dengan aloi dengan jejari berkembar tebal.
Saiz CX-3 adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:
Pelbagai langkah telah diambil untuk memberi keselesaan dan nilai ergonomik terbaik untuk pemandu; ini termasuk bentuk serta jarak di antara pedal-pedal kaki; pandangan hadapan pemandu yang dioptimakan, bentuk dan tahap kelembutan kerusi juga diteliti dengan cermat.
Ciri penting di dalam kabinnya adalah ketersambungan kereta-penumpang/pemandu. Konsep ‘heads-up’ memudahkan pemandu untuk memproses jumlah maklumat yang banyak tanpa menjejaskan tumpuan. Segala sumber maklumat yang diperlukan ditempatkan pada lokasi terbaik, seperti skrin 7 inci, skrin pemanduan aktif dan tombol rotari. Ketersambungan ke internet dan komunikasi pula didatangkan oleh sistem MZD Connect (juga dikenali sebagai Mazda Connect di Jepun).
Mazda CX-3 baharu ini boleh dipadankan dengan pilihan enjin-enjin (Skyactiv) 2.0-liter petrol atau 1.5-liter diesel. Kotak gear pula sama ada automatik ataupun manual, kedua-duanya dengan 6 kelajuan. Jika pacuan semua roda tidak menepati citarasa pembeli, spesifikasi pacuan roda hadapan juga ada tersedia. Sistem pacuan semua roda yang digunakan Mazda untuk CX-3 ini menggunakan kawalan tork aktif yang pertama kali digunakan pada model MX-5 baharu. Sebuah differential pada gandar belakang bukan sahaja kompak tetapi juga ringan.
Antara peralatan keselamatan yang dipasang termasuk i-Activsense ciptaan Mazda yang merangkumi sistem-sistem aktiv dan pasif.
(Klik untuk galeri gambar Mazda CX-5)
Topic Berkaitan
# CX-3
# kodo
# Mazda Connect
# skyactiv
#Mazda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan