awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mazlan miliki pengalaman pelbagai sektor dalam PDRM - Muhyiddin

Wan Syamsul Amly, Isabelle Leong
Wan Syamsul Amly, Isabelle Leong
13/05/2019
06:56 MYT
Mazlan miliki pengalaman pelbagai sektor dalam PDRM - Muhyiddin
Mazlan (dua, kanan), 58 tahun, mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang bersara pada 17 Mac lalu. - Astro AWANI/Shahir Omar
Pelantikan Datuk Mazlan Mansor sebagai Timbalan Ketua Polis Negara adalah kerana pengalaman luas yang dimilikinya merangkumi pelbagai sektor dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, gandingan mantap Mazlan dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador diharap meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap agensi itu pada masa hadapan.
"Terutamanya dalam meningkatkan perkhidmatan dan martabat pasukan sebagai agensi penguatkuasaan yang disegani dan dihormati," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara di Kementerian Dalam Negeri di sini, pada Isnin.
Mazlan, 58 tahun, mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang bersara pada 17 Mac lalu.
1238hrs: Home Affairs Minister, Tan Sri @MuhyiddinYassin , IGP Datuk Seri Abdul Hamid Bador and Datuk Mazlan Mansor have arrived. IT IS OFFICIAL! Datuk Mazlan Mansor is the new DIG, effective May 9 2019 pic.twitter.com/k4itf5H6NK
— Isabelle Leong (@IsabelleAWANI) May 13, 2019
Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara sebelum ini dipangku Abdul Hamid yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara berkuat kuasa bulan ini.
Mazlan dilahirkan pada 14 Ogos 1960 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Polis Melaka pada 2008 sehingga 2009 sebelum memegang tugas Timbalan Pengarah D1 (Perancangan /Strategi) Bukit Aman.
Mazlan kemudian memegang jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) Bukit Aman sebelum dilantik Pesuruhjaya Polis Sarawak pada 16 Mei 2016.
Selain itu, beliau pernah menjadi Ketua Polis Selangor selain pernah menjawat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hamid menjelaskan, kekosongan jawatan membabitkan pengarah Jabatan Cawangan Khas, Siasatan Jenayah, Komersial dan Narkotik Bukit Aman akan diisi dalam satu majlis dalam minggu ini.
Topic Berkaitan
#DIG
#Mazlan Mansor
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#Timbalan Ketua Polis Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan