awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maznah Hamid stabil selepas pembedahan di IJN

Astro Awani
Astro Awani
29/09/2017
08:36 MYT
Maznah Hamid stabil selepas pembedahan di IJN
Maznah dilaporkan mengalami pendarahan dalaman selepas pembedahan kedua yang dijalankan ke atasnya sekitar jam 7 malam tadi. - Gambar fail
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas beliau dilaporkan kritikal berikutan berlaku komplikasi pendarahan dalaman selepas pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di sini semalam.
Portal Berita Harian petang tadi melaporkan keadaan Maznah kini semakin stabil.
Portal BH turut memetik sumber yang melaporkan doktor telah memaklumkan ikon perniagaan berusia 62 tahun mengalami komplikasi injap di bahagian jantung yang mengeras akibat kalsium yang berlebihan.
Sumber terdekat keluarga memberitahu, Maznah atau lebih dikenali sebagai 'Iron Lady' itu melakukan pembedahan jantung selepas dua saluran jantungnya mengalami masalah.
Memetik laporan Sinar Harian pagi tadi, Maznah dilaporkan menjalani pembedahan pertama selama enam jam selepas dikejarkan ke IJN susulan komplikasi jantung dan menjalani tiga pembedahan yang berakhir sekitar 3 pagi.
Beliau dilaporkan mengalami pendarahan dalaman selepas pembedahan kedua yang dijalankan ke atasnya sekitar jam 7 malam tadi.
Sekumpulan pasukan perubatan dilaporkan terpaksa melakukan pembedahan susulan untuk menghentikan pendarahan dalaman.
Topic Berkaitan
#Institut Jantung Negara
#kalsium
#kesihatan
#Maznah Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan