awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Inc nafi jual tanah Lapangan Terbang Taiping

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
01/05/2019
14:30 MYT
MB Inc nafi jual tanah Lapangan Terbang Taiping
Ahmad Faizal telah membatalkan kelulusan rancangan pembangunan bercampur di tapak Lapangan Terbang Taiping pada 16 Januari lalu. - Gambar fail
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menafikan laporan sebuah portal bahawa kerajaan negeri akan menyerahkan tapak bersejarah Lapangan Terbang Taiping kepada pemaju swasta untuk pembangunan bercampur.
Menurut kenyataan Unit Korporat MB Inc hari ini, pentadbiran terdahulu telah meluluskan tanah seluas 10 hektar di Lapangan Terbang Taiping di Tekah kepada pihak pengurusan MB Inc sebelum ini bagi tujuan pembangunan dengan kerjasama pemaju swasta.
Katanya, cadangan pembangunan bercampur itu telah diluluskan secara prinsipal oleh pentadbiran terdahulu dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan bertarikh 28 Mac 2018.
Bagaimanapun, kata kenyataan itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah membatalkan kelulusan berkenaan pada 16 Januari lalu.
“Keputusan ini telah dimaklumkan kepada pengurusan baharu MB Inc oleh Pengarah Tanah dan Galian Perak melalui surat bertarikh 17 Januari 2019.
“Justeru, MB Inc ingin menjelaskan dakwaan syarikat ini akan menyerahkan tanah Lapangan Terbang Taiping kepada pemaju seperti yang dilaporkan adalah tidak benar sama sekali,” katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#kerajaan negeri
#Lapangan Terbang Taiping
#laporan portal
#MB Inc
#pemaju swasta
#pembangunan bercampur
#Perbadanan Menteri Besar Perak
#Taiping
#tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan