awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Johor cadang 5 kaedah jangka pendek atasi kesesakan CIQ

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
28/04/2023
02:45 MYT
MB Johor cadang 5 kaedah jangka pendek atasi kesesakan CIQ
Datuk Onn Hafiz Ghazi (kiri) mengadakan tinjauan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, awal pagi Jumaat. - Gambar Facebook ONN HAFIZ GHAZI
JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengariskan lima cadangan jangka masa pendek bagi mengatasi isu kesesakan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) yang tiada kesudahan.
Onn Hafiz dalam tinjauan mengejut di CIQ BSI awal pagi tadi berkata, kaedah-kaedah berkenaan berupaya mengatasi masalah kesesakan terutamanya semasa waktu puncak.
Kaedah pertama, jelas beliau, semua kaunter perlu beroperasi ditahap maksimum terutama semasa waktu puncak.
Sementara kaedah kedua, katanya, waktu pertukaran syif perlu dilakukan luar dari waktu puncak.
"Kaedah ketiga, penggabungan kaunter kereta zon A, B, C, dan D di BSI perlu diselesaikan selewat-lewatnya bulan Julai tahun ini.
"Kaedah keempat, kekurangan staf imigresen dan isu pentadbiran seperti kerja lebih masa (OT) perlu diselesaikan segera.
"Dan kaedah akhir pula pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu terus memantau kerja-kerja syarikat konsesi dari segi penyelenggaraan kemudahan awam bangunan dan aset-aset di BSI dan Kompleks Sultan Abu Bakar (BSI)," katanya dalam hantaran di akaun media sosial, hari ini.
Beliau optimis dan pasti dengan pengoperasian yang lebih efisien di tahap maksimum akan dicapai sekiranya kelima-lima kaedah itu dilaksanakan.
Menurut Onn Hafiz, melalui pelaksanaan lima kaedah itu, bukan sahaja masalah kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan, malah ia akan memudahkan urusan seharian rakyat.
"Saya mendengar dan memahami kekangan yang dialami oleh JIM Negeri Johor dan Malaysia, namun, saya percaya dengan kerjasama strategik dan berterusan antara semua pihak, isu kesesakan di kedua-dua laluan antara Johor dan Singapura ini dapat ditangani dengan lebih berkesan. Insya-Allah," tambah beliau.
Turut menyertai Menteri Besar mengadakan tinjauan mengejut di CIQ BSI ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir Ts Mohamad Fazli Mohamad Salleh; Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan) Malaysia, Datu Ken Anak Leben; dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor, Ir. Abu Bakar.
Topic Berkaitan
#mb johor
#onn hafiz ghazi
#Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin
#CIQ BSI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan