awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat

Bernama
Bernama
24/04/2024
10:02 MYT
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
MOHD SHUKRI: "Saya dah maklum berita daripada SPRM dan serah kepada budi bicara SPRM, setakat tu sajalah." - Gambar fail/Bernama
KANGAR: Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
"Saya dah maklum berita daripada SPRM dan serah kepada budi bicara SPRM, setakat tu sajalah," jawabnya ringkas ketika ditemui pemberita selepas sesi Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis di sini, hari ini.
Terdahulu, SPRM menahan reman enam orang termasuk anak lelaki seorang menteri besar bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu bernilai RM600,000 sejak dua tahun lalu.
Selain anak Mohd Shukri, turut ditahan dua penjawat awam di Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala selebihnya adalah kontraktor syarikat.
Kesemua suspek yang berusia 26 hingga 37 tahun ditahan oleh SPRM antara pukul 7 hingga 8 pagi semalam (Selasa) di sekitar Perlis.
Majistret Ana Rozana Mohd Nor membenarkan perintah reman terhadap kesemua suspek bermula hari ini sehingga esok bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Besar Perlis
#Mohd Shukri Ramli
#anak ditahan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan