Tidak timbul isu jantina tetapi apa yang penting adalah kredibiliti calon Menteri Besar yang bakal menerajui Selangor.

Itu pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpendapat rakyat negeri itu sememangnya memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai kredibiliti dan bukan bertindak sebagai boneka kepada pihak tertentu.

Sementara itu, beliau turut melihat tindakan yang diambil PKR dan DAP bukan sahaja menghina institusi diraja malah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat.



Sebelum ini Parti DAP dan PKR tetap dengan pendirian mengemukakan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar walaupun tindakan itu tidak mendapat perkenan Sultan Selangor.