awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ratu Naga' beri keterangan di Bukit Aman

Bernama
Bernama
30/10/2023
15:00 MYT
'Ratu Naga' beri keterangan di Bukit Aman
Syarul Ema Rena memberi keterangan berkaitan hantaran menerusi laman Instagram dan TikTok itu di Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Penyedia kandungan media sosial Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai 'Ratu Naga' memberi keterangan kepada polis hari ini berkaitan hantaran dimuat naiknya didakwa berbaur fitnah terhadap isteri perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Syarul Ema Rena memberi keterangan berkaitan hantaran menerusi laman Instagram dan TikTok itu di Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman pada 10 pagi dan selesai memberi keterangan kira-kira 12.45 tengah hari bersama peguamnya Zaid Malek.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan kehadiran Syarul Ema Rena di Bukit Aman hari ini.
"Percakapan beliau (Ratu Naga) diambil hari ini... 33 soalan ditanya, namun beliau tidak menjawab. Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan kad sim," katanya ketika dihubungi Bernama.
Pada 22 Okt lepas, PKR Bandar Tun Razak membuat laporan polis terhadap tiga pengguna media sosial yang didakwa memuat naik hantaran berbaur fitnah terhadap Dr Wan Azizah, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ratu Naga
#Syarul Ema Rena Abu Samah
#beri keterangan
#Dr Wan Azizah Wan Ismail
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan