MALAYSIA
MBI nafi beri kebenaran penganjuran pasar malam seperti dipromosi di media sosial

MBI memaklumkan orang awam disarankan untuk mendapatkan maklumat yang tepat melalui saluran rasmi sekiranya terdapat sebarang keraguan berhubung aktiviti melibatkan pihak berkuasa tempatan itu. - Gambar fail
IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menafikan telah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menganjurkan acara 'Ipoh Starlight Night Market' seperti yang dipromosikan di media sosial baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menafikan memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menganjurkan acara 'Ipoh Starlight Night Market' yang dipromosikan di media sosial, dan menyifatkan promosi tersebut sebagai iklan palsu serta mengelirukan.
- MBI menasihatkan orang awam dan vendor agar berhati-hati serta mendapatkan maklumat melalui saluran rasmi, dan menegaskan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian akibat penglibatan dalam acara tidak sah.
- MBI memberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggunakan nama, premis atau kapasiti rasmi majlis tanpa kebenaran, selepas promosi tular menawarkan 100 ruang niaga di kawasan milik MBI.
MBI memaklumkan orang awam disarankan untuk mendapatkan maklumat yang tepat melalui saluran rasmi sekiranya terdapat sebarang keraguan berhubung aktiviti melibatkan pihak berkuasa tempatan itu.
"MBI juga memberi amaran keras bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati mencemarkan nama baik majlis melalui penggunaan nama, premis atau kapasiti rasmi tanpa kebenaran," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, promosi berkenaan yang dipercayai dimuat naik menerusi sebuah akaun media sosial menawarkan sehingga 100 ruang niaga untuk disewa oleh vendor di kawasan milik MBI berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami