awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBPP arah medan selera di Pulau Tikus ditutup 14 hari

Bernama
Bernama
20/02/2025
03:40 MYT
MBPP arah medan selera di Pulau Tikus ditutup 14 hari
Menurut MBPP, arahan penutupan itu adalah berdasarkan faktor markah penilaian kebersihan gred premis yang tidak mencapai tahap memuaskan dan penemuan bangkai tikus serta urungan najis tikus dan lipas. - Foto MBPP
GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan sebuah medan selera di Pulau Tikus di sini ditutup selama 14 hari bermula semalam selepas pemeriksaan menemukan bangkai tikus serta urungan najis tikus dan lipas.
MBPP dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menjalankan operasi kebersihan di kedai kopi berkonsepkan medan selera itu semalam, dan mendapati kebersihan premis berkenaan tidak mencapai tahap memuaskan.
"Mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 38(1) Establisymen Makanan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) 1991, arahan penutupan itu adalah berdasarkan faktor markah penilaian kebersihan gred premis yang tidak mencapai tahap memuaskan dan penemuan bangkai tikus serta urungan najis tikus dan lipas.
"Semasa pemeriksaan, pegawai MBPP turut mendapati satu gerai yang menyewa di medan selera itu berada dalam keadaan uzur dengan bau yang meloyakan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan pegawai Jabatan Pelesenan MBPP turut memberikan teguran serta khidmat nasihat kepada pengusaha medan selera berkenaan.
"Antara tindakan yang disyorkan termasuk kawalan serangga secara berkala, penyediaan perangkap minyak yang sempurna, penggantian bumbung gerai yang uzur serta pematuhan larangan penggunaan penyedut minuman plastik.
"Semua pengusaha makanan dinasihatkan untuk menitikberatkan aspek kebersihan, terutama di bahagian dapur, stor penyimpanan bahan mentah dan sistem perangkap minyak bagi memastikan makanan yang disediakan selamat untuk pelanggan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#medan selera
#Pulau Tikus
#najis tikus dan lipas
#bangkai tikus
#kedai kopi
#MBPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan