NATIONAL
MBPP roboh, sita tiga premis kendalian warga asing

MBPP mengambil tindakan tegas dengan merobohkan dan menyita tiga premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing. - Foto FB Majlis Bandaraya Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil tindakan tegas dengan merobohkan dan menyita tiga premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam operasi pada 1 Mei lepas.
Ringkasan AI
- Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil tindakan tegas terhadap tiga premis perniagaan tanpa kebenaran, termasuk sebuah perniagaan cuci kereta, penjualan dan sembelihan ayam, serta kedai runcit.
- Penguatkuasaan dilakukan berdasarkan Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, dengan bantuan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).
- Kesemua peralatan dan barangan perniagaan yang disita dibawa ke stor Jabatan Penguatkuasaan MBPP, dengan operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa.
Sementara itu, di daerah Barat Daya, MBPP memaklumkan pihaknya menyita peralatan dan barangan dagangan di sebuah premis yang menjalankan aktiviti penjualan dan sembelihan ayam tanpa kebenaran.
Selain itu, tindakan penguatkuasaan turut dikenakan terhadap sebuah kedai runcit dan tindakan diambil mengikut Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, dengan menyita peralatan serta barangan perniagaan.
"Kesemua peralatan perniagaan dan barangan jualan yang disita dibawa ke stor Jabatan Penguatkuasaan MBPP untuk tujuan penyimpanan, dokumentasi dan tindakan selanjutnya serta operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa," menurut MBPP.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami