awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA harap pelajar gagal rayuan ke matrikulasi diberi peluang kedua

Bernama
Bernama
10/07/2024
15:04 MYT
MCA harap pelajar gagal rayuan ke matrikulasi diberi peluang kedua
Wee berkata senarai terbaharu rayuan program matrikulasi itu diterima daripada Ketua Biro Pendidikan Pemuda MCA Ong Chee Siang di lobi Parlimen semalam. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: MCA berharap pelajar yang gagal dalam rayuan bagi memasuki program matrikulasi diberi peluang kedua untuk melanjutkan pengajian, kata Presiden parti itu Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata senarai perayu yang tidak berjaya apabila keputusan rayuan untuk program matrikulasi diumumkan Jumaat lepas, telah diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam.
"Semoga kesemua mereka berjaya dalam rayuan dan akan menerima berita baik tentang penempatan tidak lama lagi. Terima kasih YAB PM (Perdana Menteri)," katanya dalam hantaran Facebook di sini.
Wee berkata senarai terbaharu rayuan program matrikulasi itu diterima daripada Ketua Biro Pendidikan Pemuda MCA Ong Chee Siang di lobi Parlimen semalam.
"Daripada 151 pelajar yang gagal dalam rayuan mereka, 65 daripadanya mendapat 10A dan ke atas, tujuh pelajar mendapat 11A penuh, 53 pelajar mendapat 10A penuh dan lima lagi yang mengambil 11 mata pelajaran mendapat 10A.
"Terdapat sembilan lagi pelajar yang mendapat 9A penuh," katanya.
Sementara itu, beliau berkata senarai kes rayuan kemasukan program matrikulasi turut diserahkan kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek hari ini, untuk tindakan Kementerian Pendidikan selanjutnya.
"Sempat berbincang dengan Menteri Pendidikan ... . Doakan yang terbaik buat pelajar straight A," katanya dalam satu lagi hantaran Facebook hari ini.
Baru-baru ini, Anwar mengumumkan bahawa setiap pelajar yang berjaya memperoleh 10A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dijaminkan tempat dalam program matrikulasi tanpa mengira kaum dan latar belakang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#program matrikulasi
#peluang kedua
#latar belakang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan