awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA, NGO tak wajar pertikai Modul Hadis 40 Imam Nawawi - Ulamak Pas

Sinar Harian
Sinar Harian
26/08/2023
10:18 MYT
MCA, NGO tak wajar pertikai Modul Hadis 40 Imam Nawawi - Ulamak Pas
Datuk Ahmad Yahaya berkata, pembelajaran dan penghayatan hadis itu bukan suatu kesalahan yang perlu dibimbangkan. - Facebook Ustaz Ahmad bin Yahaya
SHAH ALAM:
MCA dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam tidak wajar mempertikaikan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi untuk pelajar Islam.
Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP), Datuk Ahmad Yahaya berkata, pembelajaran dan penghayatan hadis itu bukan suatu kesalahan yang perlu dibimbangkan. Ujarnya, modul tersebut ialah sebahagian daripada langkah menerapkan penghayatan akhlak dan nilai murni kepada pelajar berpandukan ajaran Islam.
"DUPP hairan bagaimana perkara sebegini begitu ditakutkan oleh sebilangan golongan bukan Islam.
"Adakah ia kelangsungan usaha untuk mencucuk jarum Islamofobia dalam negara yang menjadi perjuangan segelintir ahli politik sehingga setiap perkara berkait dengan Islam sangat dibimbangkan oleh kelompok bukan Islam.
"DUPP memberikan peringatan kepada kelompok tertentu agar jangan mencetuskan sentimen Islamofobia di negara," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Kementerian Pendidikan (KPM) pada 19 Ogos lalu melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah.
Kontroversi tercetus apabila Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) membantah hasrat tersebut dan mendakwa ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta hak kebebasan beragama.
Biro Perhubungan Etnik dan Hal Ehwal Agama MCA pula menggesa kerajaan menangguhkan terlebih dahulu agar ia boleh dibincangkan semula di peringkat kabinet.
Tambah Ahmad, pelaksanaan modul itu wajar disokong kerana ia berkait rapat dengan usaha mendekatkan pelajar kepada penghayatan kalam Rasulullah SAW yang merupakan sebahagian daripada panduan wahyu Ilahi.
"Tidak wajar sekali pertikaian mahupun sebarang bentuk bantahan dikemukakan apatah lagi oleh golongan bukan Islam terhadap modul tersebut.
"DUPP menyokong teguh langkah KPM memperkenalkan Modul Penghayatan 40 Hadith Imam Nawawi di sekolah-sekolah di bawah kementerian," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PAS
#Modul Penghayatan Hadis
#NGO
#DUPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan