KUALA LUMPUR: McDonald's Malaysia menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia selepas hasil positif proses mediasi antara kedua-dua pihak.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatannya, Datuk Azmir Jaafar berkata, ia susulan penjelasan yang dibuat BDS Malaysia bahawa tindakan pengendali McDonald’s di Israel sama sekali tiada kena-mengena dengan McDonald’s Malaysia.
“Kami ingin menekankan bahawa langkah ini diambil bagi memastikan semua pihak memahami dengan jelas tentang kedudukan McDonald’s Malaysia dalam konflik yang berlaku di Timur Tengah ketika ini.
"Kami tetap teguh dengan pendirian untuk tidak menyokong serta terlibat dalam sebarang konflik atau peperangan. Setelah beroperasi lebih empat dekad di Malaysia dan sebagai perniagaan 100 peratus milik Muslim, kami berbangga menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat di negara ini.
“Kami berharap keputusan yang dibuat hari ini membolehkan semua pihak berganding bahu dan menumpukan usaha mencari penyelesaian demi menegakkan keadilan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sinar Harian pada 30 Disember tahun lalu melaporkan, McDonald's Malaysia memfailkan saman sivil terhadap BDS Malaysia berikutan gesaan memboikot restoran makanan segera itu kerana dikatakan bersubahat dengan Israel.
Pemilik francais McDonald's di Malaysia, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GAR) menuntut permohonan maaf tanpa syarat daripada BDS Malaysia dan ganti rugi RM6 juta termasuk RM3 juta kehilangan pendapatan, RM1.5 juta bagi pekerja diberhentikan dan RM1.5 juta untuk bahan makanan tamat tempoh.
Dalam pada itu, Azmir turut menegaskan bahawa McDonald’s Malaysia menolak sekeras-kerasnya dan mengutuk segala bentuk keganasan.
“Di tengah-tengah konflik yang melanda Gaza, kami sangat bersimpati dengan nasib mereka yang tidak bersalah di sana.
"Kami berdoa agar peperangan segera tamat dan keamanan dapat diwujudkan secara berterusan.
“Kami terus menyokong rakyat Palestin yang terkesan melalui sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin dan pelbagai inisiatif pengumpulan dana oleh warga kerja kami untuk terus menyokong misi bantuan di Gaza,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 22 2024
McDonald's Malaysia memfailkan saman sivil terhadap BDS Malaysia tahun lalu berikutan gesaan memboikot restoran makanan segera itu kerana dikatakan bersubahat dengan Israel. - Gambar hiasan
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Pantau Belanjawan: Membina daya tahan ekonomi Bumiputera Sabah, Sarawak
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram mungkin diroboh - Exco Johor
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram di sini yang sebelum ini didakwa menjadi tempat menyemai fahaman militan dan ekstremisme sudah pun ditutup pada 2001.
Resolusi Rusia kawal senjata nuklear angkasa lepas gagal
Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang digubal oleh Rusia yang menyeru semua negara untuk mencegah penempatan, ancaman atau penggunaan mana-mana senjata di angkasa lepas gagal pada Isnin.
Bicara kes lelaki Israel miliki ratusan peluru, enam pistol September ini
Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, menetapkan kes seorang lelaki warga Israel atas dua pertuduhan memiliki ratusan peluru dan memperdagangkan enam pistol akan bermula 30 September depan.
Kim Jong Un ucap takziah kepada Iran
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menghantar mesej ucapan takziah kepada Iran berhubung kematian Presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter pada Selasa.
Keupayaan ketenteraan Turki bantu Iran temukan lokasi nahas
Kejayaan keupayaan ketenteraan Turki, membantu Iran mencari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan Presiden dan Menteri Luar Iran mengagumkan dunia.
Pilihan Raya Iran: Diadakan 28 Jun ini susulan kematian Presiden Ebrahim Raisi
Selepas meneliti masa proses pemilihan, ketua-ketua cabang kuasa Iran memutuskan pada 28 Jun ini sebagai tarikh pemilihan untuk menentukan presiden baharu.
McDonald’s tarik saman terhadap BDS Malaysia
McDonald's Malaysia menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia selepas hasil positif proses mediasi antara kedua-dua pihak.
Isu caj sos cili peket: Pekerja McDonald's buat laporan polis
Polis menerima laporan daripada seorang pekerja restoran makanan segera berhubung isu tular caj 10 peket sos cili.
Tukar nama sempena Hari Merdeka, jenama makanan segera ini terima pujian
Idea bijak!
Keluarga Muslim dakwa McDonald's Alabama sengaja sembunyi bakon dalam burger
Seorang keluarga Muslim mendakwa kakitangan restoran makanan ringan, McDonald's sengaja menyembunyikan bacon (kepingan daging khinzir) dalam semua makanan mereka.