awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC bina menara komunikasi baharu di Padang Serai

Bernama
Bernama
01/12/2022
03:20 MYT
MCMC bina menara komunikasi baharu di Padang Serai
MCMC sentiasa memantau pelaksanaan kerja-kerja pengoptimuman dijalankan pihak penyedia perkhidmatan dan memastikan struktur menara komunikasi baharu yang dirancang dapat dilaksanakan dengan segera.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membina satu menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negera (JENDELA) bagi mengatasi masalah talian komunikasi di lima kampung di Padang Serai, Kedah.
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah menerima laporan dan aduan pada 28 Nov lepas berhubung kira-kira 8,000 penduduk berhadapan dengan ketiadaan rangkaian komunikasi.
"MCMC dengan kerjasama kerajaan Kedah telah mengambil tindakan segera dengan mengadakan tinjauan serta menyantuni wakil penduduk di lima kampung tersebut iaitu Taman Bunga Raya, Taman Raya Indah, Taman Raya Murni, Kampung Padang dan Kampung Nesa.
"Pihak kami telah memasukkan kawasan berkenaan dalam perancangan bagi pelaksanaan satu struktur menara komunikasi baharu di bawah JENDELA sebagai langkah penyelesaian untuk menambah baik kualiti liputan dan dijangka siap dalam tempoh setahun," katanya.
Katanya bagi penyelesaian interim, pihak penyedia perkhidmatan turut diminta untuk menjalankan pengoptimuman di menara komunikasi sedia ada (berhampiran) dalam masa seminggu bagi menambah baik kualiti liputan di lokasi tersebut.
"Pihak MCMC sentiasa memantau pelaksanaan kerja-kerja pengoptimuman dijalankan oleh pihak penyedia perkhidmatan dan juga memastikan struktur menara komunikasi baharu yang dirancang dapat dilaksanakan dengan segera," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#JENDELA
#menara komunikasi
#Padang Serai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan