awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC buka kertas siasatan terhadap Awesome TV

Kenyataan Media
Kenyataan Media
21/02/2023
02:32 MYT
MCMC buka kertas siasatan terhadap Awesome TV
MCMC memaklumkan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut.- Sumber foto/Kenyataan MCMC
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 206 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 bagi menyiasat laporan dikeluarkan stesen televisyen, Awesome TV.
Jabatan Komunikasi Korporat MCMC memaklumkan siasatan berkaitan kegagalan stesen televisyen itu mematuhi syarat lesen berikutan laporan mengenai cadangan mengurangkan bilangan penjawat awam.
Dalam sebuah kenyataan, MCMC memaklumkan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut.
Menurut MCMC, jika disabit kesalahan, pesalah boleh dihukum seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 242 iaitu denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
MCMC turut menekankan memandang serius aduan pengguna dan komited dalam usaha mempertingkat tahap pematuhan pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP-I).
“Ia supaya kandungan disiarkan mencerminkan budaya, identiti dan norma-norma masyarakat selaras dengan AKM 1998 serta Kod Kandungan,” jelasnya.
Katanya, setiap aduan diterima akan diteliti berdasarkan peruntukan AKM 1998, peraturan- peraturan berkaitan di bawahnya dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#MCMC
#penjawat awam
#Awesome TV
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan