KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diarahkan untuk melihat semula prosedur operasi standard mereka untuk mengkaji tindakan lebih proaktif yang boleh diambil terhadap pihak yang memuat naik kandungan berunsur penghinaan terhadap agama, kaum dan majlis raja-raja dalam media sosial.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata beliau difahamkan buat masa ini perkara itu sedang dirujuk MCMC kepada pihak Jabatan Peguam Negara.
"Ini untuk membolehkan penafsiran yang lebih jelas di bawah perundangan sedia ada yang dirasakan tindakan lebih tegas dan pantas tanpa kompromi boleh dilakukan terhadap penghinaan agama Islam dan agama-agama lain," katanya ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang ingin tahu langkah strategik diambil MCMC bagi menangani isu penghinaan terhadap agama Islam yang masih berleluasa dalam media sosial.
Annuar berkata selain itu, MCMC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui mesyuarat jawatankuasa induk menzahirkan komitmen masing-masing bagi mengukuhkan jalinan kerjasama dalam membanteras jenayah dan melindungi pengguna Internet dalam negara.
"Melalui pengukuhan kerjasama ini, proses pemantapan interoperability bersama Police Cyber Investigation Response Centre di bawah PDRM juga telah dimulakan bagi memudahkan koordinasi dan penyelarasan dalam mengenal pasti kandungan yang boleh menggugat ketenteraman awam," katanya.
Menjawab soalan tambahan Wan Hassan sama ada kekurangan tenaga kerja menyebabkan kurangnya pemantauan kandungan sedemikian dalam media sosial, Annuar menafikan kenyataan itu.
"Tetapi ia adalah soal berkaitan bagaimana media sosial dikendalikan misalnya oleh penyedia-penyedia perkhidmatan yang berpangkalan di luar negara dan mereka yang mempunyai hak menurunkan hantaran berbaur penghinaan.
"Sementara itu, kita tertakluk kepada proses perundangan tertentu kerana pelanggaran itu, kebanyakannya bila ia bercanggah dengan mana-mana peruntukan di bawah Kanun Keseksaan atau Akta Hasutan, maka proses penyiasatan dan proses lain perlu dilakukan, jadi proses ini yang biasanya mengambil masa panjang," katanya.
Mengenai soalan tambahan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) sama ada kerajaan sedia mempertimbangkan dengan serius untuk mewujudkan Akta Keharmonian Nasional, Annuar berkata undang-undang baharu bukan jawapan kepada isu keharmonian rakyat.
Dalam isu itu jelasnya, advokasi dan usaha berterusan untuk mendorong dan menggalakkan rakyat supaya mengamalkan sikap dan nilai bersesuaian dengan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, agama dan adat resam adalah lebih penting.
"Budaya ini sudah kukuh terpahat dalam negara, cuma langkah berterusan adalah untuk menerapkan dan mengukuhkan lagi nilai-nilai saling hormat-menghormati atas kepelbagaian dan tidak membangkitkan perkara-perkara perkauman, menyentuh soal-soal kedudukan raja-raja, agama dan sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 18 2021
Annuar menafikan soalan tambahan Wan Hassan berhubung kekurangan tenaga kerja yang mungkin menyebabkan kurangnya pemantauan kandungan penghinaan dalam media sosial. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
PDRM sokong MCMC perkenal INSG
Polis menyokong penuh langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG).
MCMC siap siaga tangani masalah telekomunikasi akibat gelombang kedua banjir - Fahmi
MCMC kini bersiap siaga menangani sebarang isu liputan telekomunikasi di kawasan terjejas menjelang gelombang kedua banjir yang diramalkan bermula hari ini.
MCMC perkenal garis panduan keselamatan maklumat dan rangkaian untuk memperkukuh keselamatan siber
MCMC berkata INSG berfungsi sebagai satu kerangka amalan terbaik dan tidak mandatori buat ketika ini.
446 tapak stesen pemancar komunikasi diperkasakan seluruh negara
Sebanyak 446 tapak stesen pemancar komunikasi telah diperkasakan (hardened) di seluruh negara oleh syarikat telekomunikasi di lokasi dikenal pasti berisiko tinggi dinaiki air.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
MCMC arah pengendali media sosial turunkan audio, video dakwaan rasuah ADUN
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengarahkan pengendali media sosial untuk menurunkan audio dan video berhubung dakwaan rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkaitan
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.
Video wawancara PM Anwar bersama CNN disunting, tidak gambarkan konteks penuh - Fahmi
Wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai konflik Israel-Palestin bersama Richard Quest daripada CNN disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.