awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC komited bantu pihak perlukan bantuan, tanpa mengira status mereka - Fahmi

Bernama
Bernama
14/06/2025
00:30 MYT
MCMC komited bantu pihak perlukan bantuan, tanpa mengira status mereka - Fahmi
Fahmi bercakap kepada media selepas Majlis Makan Malam Gabungan Kelab Media Malaysia 2025 malam tadi sempena Mesyuarat Agung Tahunan GKMM ke-2 dan Sambutan HAWANA 2025 di WTCKL hari ini. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus membantu individu dan organisasi yang menghadapi isu berkaitan akses atau kandungan pada akaun media sosial mereka.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata MCMC komited untuk membantu semua pengguna yang terjejas tanpa mengira status mereka dengan menghubungi platform media sosial bagi pihak mereka.
"Dari semasa ke semasa, MCMC malah saya sendiri akan didekati oleh individu atau organisasi yang akaun mereka terjejas," katanya.
Fahmi bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) 2025 yang diadakan sempena sambutan Hari Wartawan Negara (HAWANA) 2025 di sini malam tadi.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj yang juga Pengarah Projek HAWANA 2025 dan pengurusan kanan Bernama.
Fahmi turut mengesahkan bahawa Meta Platforms Inc (Meta) telah menjelas status akaun Facebook Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang baru-baru ini kehilangan semua hantaran Facebooknya sejak 2022.
"Akaun itu tidak digodam, nampaknya tiada motif lain, tetapi Meta telah menyatakan bahawa mereka sedang membantu mendapatkan semula hantaran-hantaran itu," katanya.
Terdahulu, media tempatan melaporkan laman Facebook seorang timbalan menteri telah disabotaj, menyebabkan semua hantarannya hilang.
Akmal Nasrullah dilaporkan menyedari hantaran Facebooknya sejak hujung 2022 telah hilang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Facebook
#Akmal Nasrullah Mohd Nasir
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami