awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DPMM FC mulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan
Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India
Bekas PM Jepun Yoshihide Suga bersara, mahu beri laluan kepada pemimpin muda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC perhebat Kempen Internet Selamat melalui pengamal media Pulau Pinang

Bernama
Bernama
02/12/2025
02:40 MYT
MCMC perhebat Kempen Internet Selamat melalui pengamal media Pulau Pinang
Kempen Internet Selamat (KIS) diadakan bagi meningkatkan literasi digital rakyat dalam menangani isu keselamatan siber termasuk penipuan dalam talian yang kian meningkat.
BATU KAWAN: Lebih 40 pengamal media Pulau Pinang diberi taklimat Kempen Internet Selamat (KIS) dalam usaha memperkukuh peranan media untuk memperluas hebahan berhubung keselamatan Internet, khususnya melibatkan penggunaan teknologi oleh kanak-kanak dan ancaman penipuan dalam talian.
Pengarah Penerangan negeri, Hasmiza Hussin berkata, program anjuran bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Komunikasi (JKPKK) Pulau Pinang itu juga bagi meningkatkan literasi digital rakyat dalam menangani isu keselamatan siber termasuk penipuan dalam talian yang kian meningkat.
"Program hari ini diadakan khas untuk memberikan taklimat mengenai penggunaan Internet selamat kepada rakan-rakan media dari seluruh Pulau Pinang dan matlamat utama ialah memastikan mesej kesedaran ini dapat disampaikan kepada masyarakat secara meluas," katanya kepada pemberita selepas Program Kempen Internet Selamat Bersama Media Negeri Pulau Pinang, di sini, malam tadi.
Majlis itu turut disertai agensi di bawah Kementerian Komunikasi termasuk Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Pos Malaysia Berhad, Telekom Malaysia Berhad (TM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM).
Hasmiza yang juga Pengerusi JKPKK Pulau Pinang turut merakamkan penghargaan kepada semua pengamal media yang sentiasa memberikan kerjasama baik kepada Jabatan Penerangan negeri selama ini.
Beliau berkata selain taklimat, program yang disusuli dengan makan malam itu juga bertujuan mengeratkan hubungan antara jabatan kerajaan dengan pihak media, sekali gus menjadi ruang untuk menyelesaikan sebarang isu secara bersama.
Turut hadir, Pengarah MCMC Pulau Pinang, Mohd Fitri Hashim; Pengarah Penyiaran Pulau Pinang, Nor Hisham Abbas; Pengarah Operasi JKOM negeri, Muhammad Afif Osman; Ketua Biro Bernama Pulau Pinang, R. Ratcharathan dan Presiden Kelab Mutiara Pulau Pinang, Mohd Iskandar Othman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#Kempen Internet Selamat
#Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Komunikasi
#pengamal media
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan