awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ekonomi negara catat pencapaian baik, Malaysia jadi tumpuan pelabur asing - Fahmi
Jelajah trofi Piala Dunia ke Malaysia, suntikan semangat beraksi lebih baik - Gilberto Silva
Thailand pergiat banteras jenayah dalam talian, sasar laman sesawang perjudian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC siasat pengasas produk kecantikan, selebriti

Bernama
Bernama
16/06/2022
15:38 MYT
MCMC siasat pengasas produk kecantikan, selebriti
MCMC dengan kerjasama polis telah menjalankan siasatan terhadap tiga individu yang memuat naik kandungan berunsur sumbang dan jelik di laman aplikasi Instagram dan Tik Tok baru-baru ini. - Foto media sosial/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama polis telah menjalankan siasatan terhadap tiga individu yang memuat naik kandungan berunsur sumbang dan jelik di laman aplikasi Instagram dan Tik Tok baru-baru ini.
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemeriksaan bagi tujuan siasatan telah dilakukan terhadap pengasas produk kecantikan dan selebriti terkenal tersebut di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang semalam selepas pihaknya menerima aduan orang ramai berhubung perkara itu.
"Siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
"MCMC memandang serius tindakan beberapa pengasas produk kecantikan dan selebriti terkenal yang telah memuat naik kandungan yang boleh disifatkan sebagai sumbang dan jelik di aplikasi Instagram dan Tik Tok masing-masing," menurut kenyataan itu.
MCMC menasihatkan orang ramai khususnya para selebriti yang mempunyai pengaruh dalam masyarakat supaya menunjukkan teladan yang baik dan peka untuk tidak memuat naik kandungan yang bertentangan dengan undang-undang.
Baru-baru ini video yang dimuat naik oleh beberapa pengasas produk kecantikan dan selebriti terkenal itu telah menerima kritikan dan kemarahan warganet.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
#kandungan jelik
#pengasas produk kecantikan
#selebriti
#Instagram
#Tik Tok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan