awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC tambah baik kemudahan internet, bantu pengusaha pelancongan Pulau Kapas, Pulau Gemia

Kenyataan Media
Kenyataan Media
05/05/2024
13:54 MYT
MCMC tambah baik kemudahan internet, bantu pengusaha pelancongan Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC juga telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluas radius liputan Internet sedia ada di sekitar pulau tersebut. - MCMC
KUALA LUMPUR : Industri pelancongan merupakan antara sektor ekonomi utama di Terengganu yang memainkan peranan dalam mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi tempatan.
Pulau Kapas dan Pulau Gemia adalah antara lokasi tarikan yang menjadi tumpuan ribuan pelancong dari dalam dan luar negara.
Baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah turun padang dan mengadakan pertemuan bersama ahli-ahli Persatuan Peniaga dan Pengusaha Pelancongan Pulau Kapas dan Gemia.
Pertemuan itu membincangkan keperluan untuk mempertingkatkan perkhidmatan telekomunikasi sedia ada di pulau tersebut.
Pada ketika ini, liputan jalur lebar 4G oleh enam (6) penyedia perkhidmatan dapat dinikmati pengunjung di Pulau Kapas manakala liputan di Pulau Gemia adalah masih rendah dan sedang di bawah pemerhatian MCMC untuk tindakan penambahbaikan.
MCMC juga telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluas radius liputan Internet sedia ada di sekitar pulau berkenaan.
Cadangan penambahbaikan itu akan merangkumi pengukuhan aspek keselamatan dan tindak balas kecemasan di masa hadapan dan dijangka akan memberikan pengalaman yang lebih baik buat para pelancong yang berkunjung ke Pulau Kapas dan Pulau Gemia.
Kemudahan Internet yang baik banyak membantu para pengusaha bot dan resort, serta para peniaga di Pulau Kapas dan Pulau Gemia dalam kelangsungan penjanaan pendapatan harian mereka.
Topic Berkaitan
#MCMC
#Internet
#Pulau Kapas
#pulau gemia
#pelancongan
#komunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan