KUALA LUMPUR: Malaysia Digital Expo (MDX) membuktikan kesediaan Malaysia dalam meneroka dan berkembang bagi membawa ekosistem digital ke peringkat seterusnya dan membuka peluang pelaburan di rantau ASEAN dan seterusnya.
Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan MDX 2023 yang dikonsepkan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bertujuan untuk mempamerkan ekosistem teknologi dan ekonomi digital yang terbaik di Malaysia.
“Ia adalah platform yang dikonsepsikan oleh MDEC dengan kerjasama rakan-rakan kongsinya untuk menampilkan yang terbaik dalam ekosistem teknologi dan ekonomi digital di Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Media MDX 2023 di Petaling Jaya, hari ini.
Beliau berkata, buat pertama kali, MDX 2023 menampilkan 13 acara sampingan yang berlangsung bukan saja di Lembah Klang, tetapi juga di luar ibu negara seperti Johor, Melaka dan Sarawak dalam tempoh enam minggu ini dengan sasaran 400,000 hingga 500,000 pengunjung.
Bertemakan 'Jom berniaga. Melabur di Malaysia', MDX 2023 ialah sambutan ekonomi digital Malaysia di seluruh negara, mempamerkan inovasi dan teknologi terkini daripada syarikat tempatan dan global.
Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata, Malaysia berjaya meraih komitmen pelaburan melebihi RM37.4 bilion dalam pelbagai sektor teknologi digital sekali gus menjamin sekurang-kurangnya 15,895 pekerjaan bernilai tinggi.
“Pencapaian memberangsangkan ini mencerminkan keyakinan para pelabur asing dalam Malaysia Digital (MD) yang merupakan inisiatif strategik kebangsaan kita untuk memacu ekonomi digital,” katanya.
MDX 2023 anjuran MDEC yang berlangsung selama enam minggu sehingga 8 November ini mengetengahkan inovasi dan teknologi terkini daripada syarikat-syarikat tempatan dan global.
Acara utama MDX 2023 akan berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur mulai 6 hingga 8 November.
Acara turut menampilkan beberapa siri acara termasuk persidangan, bengkel, pameran dan sesi rangkaian yang membawa kepada MDX Grand Finale yang berprestij dan makan malam anugerah industri eksklusif.
Acara sampingan yang bakal diadakan termasuk Malaysia Digital Content Festival (MYDCF) 2023; Malaysia-Japan Digital Exchange; World Congress IT on Innovation and Technology (WCIT) 2023; Malaysia Cloud and Datacenter Convention 2023; #mydigitalmaker Fair 2023 Finale; Smart Melaka International Conference and Expo (SMIX) 2023; UK Malaysia Artificial Intelligence (AI) Conference 2023 dan 7th Selangor International Business Summit 2023.
Astro Awani
Mon Sep 25 2023

Fahmi memaklumkan MDX 2023 yang dikonsepkan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bertujuan untuk mempamerkan ekosistem teknologi dan ekonomi digital yang terbaik di Malaysia. - Gambar/ FB Fahmi Fadzil

Lelaki warga Indonesia maut dipercayai dibaham harimau
Seorang pekerja ladang getah warga Indonesia ditemukan maut dipercayai dibaham harimau di kawasan ladang getah Kampung Kuala Tol.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 November 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerajaan beri keutamaan selesai isu perumahan generasi kedua dan ketiga FELDA - PM
Kerajaan akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah perumahan yang membelenggu generasi kedua dan ketiga FELDA.

Ahli Parlimen perlu kurangkan politik parti, tingkat kualiti perbahasan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mahu Ahli Parlimen mengurangkan politik kepartian dan meningkatkan kualiti perbahasan pada sesi akan datang.

Ahli Parlimen beri reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok
Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang memberikan reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Kerjasama rapat antara agensi elak pertindihan usaha noktah kemiskinan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama lebih 'rapat' antara pelbagai agensi dapat mengelakkan pertindihan dalam usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar.
Acacia residensi warga emas bertaraf premium
Pacific Senior Living Sdn Bhd tampil memperkenalkan residensi komuniti warga emas bertaraf premium dikenali sebagai Acacia yang beroperasi di Klang.
10 Berita Pilihan - (29 November 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis - 30 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

PEDi bantu tingkatkan sosioekonomi komuniti tempatan - Fahmi
Ia kini berfungsi sebagai pemangkin ekonomi digital bagi membantu meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti tempatan.

Fahmi akan bertemu pengurusan Jabatan Penerangan mengenai rayuan Harakah
Sebelum ini, Jabatan Penerangan sudah diminta untuk meneliti rayuan Harakah, namun sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas.

"Peruntukan tambahan RM30 juta: Saya sendiri tak terima satu sen pun" - Fahmi
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berpendapat, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz tidak akan mendapat pertuntukan RM30 juta seperti yang diminta sebelum ini di Parlimen.

Kerjasama rentas agensi tangani ekstremisme - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dilihat membimbangkan, terutama dengan insiden yang berlaku termasuk remaja yang cuba menikam seorang pemandu e-hailing baru-baru ini.

"Dr Mahathir tak beri nasihat yang baik kepada pembangkang" - Fahmi
Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat tidak menjadi penasihat yang baik melibatkan empat negeri yang berada di bawah pemerintahan parti pembangkang.

KKD teliti guna teknologi satelit sebagai menara telekomunikasi
Fahmi Fadzil berkata sekiranya teknologi itu dapat dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi, dasar "di mana ada jalan, di situ ada Internet" dapat dicapai dan dilaksanakan dengan baik.

Pembangunan IDN: Data rakyat Malaysia selamat - Fahmi
Katanya, inisiatif yang diusahakan Mimos Berhad dengan kerjasama beberapa agensi lain itu telah digunakan di beberapa negara luar.

Semua perlu bersama kerajaan angkat Malaysia sebagai negara hebat - Fahmi
Katanya, saf kepimpinan akan terus dirapatkan agar kepentingan rakyat sentiasa jadi keutamaan.

Isu ekonomi, tingkat pendapatan rakyat jadi tumpuan Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Fokus kerajaan bantu golongan berpendapatan rendah dan yang tinggal di kawasan kampung, pedalaman dan luar bandar.

Malaysia mahu gencatan senjata kekal di Gaza - Fahmi Fadzil
Kerajaan Malaysia berharap akan ada gencatan senjata kekal di Palestin dengan gencatan senjata selama empat hari hanya langkah pertama mengakhiri penghapusan etik di bumi Gaza.