PUTRAJAYA: Watak animasi kesukaan ramai terutama kanak-kanak seperti Ejen Ali, Mechamato dan Boboiboy merupakan antara tarikan perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2023 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya, Khamis ini.
Pengendali maskot di bawah Syarikat Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta) Muhammad Azrul Fazlan Hamdan berkata pihaknya sedang giat melakukan persiapan bagi memberikan yang terbaik kepada pengunjung terutama golongan kanak-kanak.
"Persiapan adalah dari segi memastikan tahap kesihatan talent atau orang yang mengenakan maskot itu dalam keadaan baik kerana kami perlu berada di Dataran Putrajaya seawal 4.30 pagi sehingga majlis sambutan Hari Kebangsaan," katanya kepada Bernama baru-baru.
Monsta merupakan syarikat berpangkalan di Cyberjaya yang menerbitkan empat program animasi dalam negara iaitu Mechamato, Boboiboy, Papa Pipi dan Fly With Yaya.
Ditanya mengenai cabaran yang dihadapi maskot ketika perbarisan dan perarakan, Muhammad Azrul berkata pemakai maskot perlu pandai berinteraksi memandangkan pengunjung Hari Kebangsaan akan mengambil peluang untuk bergambar dengan karakter kesukaan.
Selain itu, pemakai maskot perlu kuat dari segi mental dan emosi kerana terpaksa berada dalam keadaan kurang pengudaraan selama beberapa jam dan akan mengalami kesukaran jika perlu ke tandas dan sebagainya.
"Antara pantang larang pemakaian maskot ialah talent tidak boleh buka kepala maskot dan dedahkan siapa mereka sebab nanti ia kemungkinan mengubah persepsi kanak-kanak yang melihat karakter animasi kesukaan mereka," katanya dan menambah setiap maskot akan bersama seorang pengiring bagi tujuan membantu maskot.
"Untuk perarakan nanti mungkin ada tarian 'enjit enjit semut' oleh kesemua 20 karakter animasi yang terlibat, namun masih dalam perbincangan," katanya.
"Dari segi pemakaian maskot untuk Omar senang sahaja dalam 10 minit, tetapi untuk Hana ambil masa sedikit kerana perlu memasang aksesori sampingan.
"Cabarannya ialah kadang-kadang adik-adik kecil mengerumuni maskot untuk bergambar, ada yang ketuk kepala maskot dan mengakibatkan ketidakselesaan namun pengiring akan memastikan maskot selesa," katanya.
Kemuncak sambutan Hari Kebangsaan 2023 bertemakan "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan" akan berlangsung di Putrajaya pada 31 Ogos.
Sambutan di Putrajaya kali ini adalah yang kelima selepas kali pertama pada 2003, disusuli 2005, 2018 dan 2019.
Dianggarkan bilangan pengunjung akan menjangkau 100,000 orang dan persiapan bagi menjayakan sambutan Hari Kebangsaan 2023 giat diatur pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), swasta dan badan bukan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
Monsta merupakan syarikat berpangkalan di Cyberjaya yang menerbitkan empat program animasi dalam negara iaitu Mechamato, Boboiboy, Papa Pipi dan Fly With Yaya.
Putin tiba di Beijing dalam usaha dapatkan sokongan China terhadap perang di Ukraine
Lawatan Putin dilihat sebagai talian hayat ekonomi bagi Rusia selepas Barat mengenakan sekatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Kyrgyz hasrat Malaysia lantik penasihat kerajaan
Anwar berkata hasrat itu dizahirkan oleh rakan sejawatnya Pengerusi Menteri-Menteri Kabinet Republik Kyrgyz, Akylbek Zhaparov pada pertemuan mereka di Kediaman Negara Ala Archa pada Rabu.
Pemasangan 'feeder pillar' baharu di Jalan Kepong-Kuala Selangor bermula Jun ini
Pemasangan feeder pillar melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000 itu akan ditempatkan di kawasan terang dan terdedah kepada orang awam.
Ditembak lima das, PM Slovakia, Robert Fico kini sedang “bertarung nyawa”
Pembedahan selama tiga setengah jam ke atas Robert Fico sangat kompleks, kata Menteri Pertahanan Robert Kalik.
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Terima surat layang 'selamat datang' sebelum dihujani peluru
Menurut Mohd Yusof, kejadian tembak-menembak yang mengakibatkan beliau cacat kekal itu turut meragut nyawa empat rakan sepasukan dan ramai lagi yang cedera.
Hari Malaysia sama penting dengan Hari Kebangsaan, perlu dijiwai oleh setiap rakyat
Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept setiap tahun mempunyai signifikan yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan.
76 maut, 95 cedera semasa cuti Hari Kebangsaan di Vietnam
Vietnam merekodkan sebanyak 125 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 76 orang maut manakala 95 yang lain cedera semasa cuti Hari Kebangsaan selama empat hari.
[KOLUMNIS] Merapatkan jurang defisit sosial
Alhamdulillah, 31 Ogos tahun ini genap 66 tahun Malaysia bebas daripada cengkaman dan campur tangan kuasa asing.
'Tak sangka mampu lakukan aksi lompatan depan puluhan ribu penonton'
Staf Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, 35, menceritakan aksi lompatan merentasi 66 buah motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, Putrajaya, Khamis lalu.
Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September
Tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu "Segulai Sejalai", yang membawa maksud "berjalan seiringan", akan turut akan digunakan pada sambutan itu nanti.
Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa
Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.
Agong zahir tahniah kepada Kerajaan Perpaduan, sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2023
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan bagi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN dilancar sempena Hari Kebangsaan
Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan ke-66, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya melancarkan Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN.
Indonesia yakin hubungan dengan Malaysia utuh di tengah cabaran global
Jalinan di sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan dapat terus ditingkatkan melalui komitmen bersama kedua-dua negara.