Skip to main content

Malaysia

Medan Pasar akan diberikan nafas baharu - Hannah

[TB]_Medan Pasar DBKL_FB Hannah Yeoh
Projek itu akan dilaksanakan menerusi kerjasama antara DBKL dan Yayasan Creador, dengan menerapkan penyelesaian berasaskan alam semula jadi, termasuk sistem pengurusan air hujan yang lebih mampan. - Foto FB Hannah Yeoh
Advertisement

KUALA LUMPUR: Ruang awam bersejarah, Medan Pasar akan dinaik taraf sebagai sebahagian daripada usaha menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar Sponge City  yang lebih berdaya tahan terhadap hujan lebat dan perubahan iklim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata projek itu akan dilaksanakan menerusi kerjasama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Creador, dengan menerapkan penyelesaian berasaskan alam semula jadi, termasuk sistem pengurusan air hujan yang lebih mampan.

Image
[INSERT]_Medan Pasar DBKL 2_FB Hannah Yeoh
Usaha pemulihan itu bertujuan menjadikan kawasan Medah Pasar lebih terbuka, mudah diakses dan mesra komuniti, di samping mengekalkan ciri-ciri sejarah dan warisannya. - Foto FB Hannah Yeoh

Beliau berkata usaha pemulihan itu juga bertujuan menjadikan kawasan berkenaan lebih terbuka, mudah diakses dan mesra komuniti, di samping mengekalkan ciri-ciri sejarah dan warisannya.

"Ini bukan sekadar mahu mencantikkan Medan Pasar. Kita mahu ruang awam yang berfungsi lebih baik untuk rakyat dan bandar," katanya menerusi hantaran dalam Facebook hari ini.

Image
[INSERT]_Medan Pasar DBKL 1_FB Hannah Yeoh
Projek itu akan dilaksanakan menerusi kerjasama antara DBKL dan Yayasan Creador, dengan menerapkan penyelesaian berasaskan alam semula jadi. - Foto FB Hannah Yeoh

Medan Pasar, yang juga dikenali sebagai Market Square, terletak berhampiran kawasan Masjid Jamek di pusat Kuala Lumpur dengan mercu tanda berdekatan, termasuk Central Market, Chinatown dan Dataran Merdeka.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement