JOHOR BAHRU: Media arus perdana perlu meningkatkan kualiti dan produktiviti masing-masing untuk bersaing dengan "wartawan segera" menerusi pelbagai platform digital.
Presiden Kelab Media Johor (KMJ), Mohamad Fauzi Ishak berkata, peningkatan kualiti itu mustahak untuk memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
Pada masa sama, Mohamad Fauzi yang juga Presiden Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) berkata, pengamal media arus perdana juga perlu mengekalkan etika kewartawanan dalam setiap laporan berita bagi membezakan mereka dengan wartawan tidak bertauliah atau lebih dikenali sebagai "wartawan segera" itu.
"Sebagai pengamal media arus perdana, kita didedahkan dengan Kod Etika Wartawan Malaysia yang diwujudkan sejak 1989 berbanding wartawan segera yang menulis mengikut kehendak masing-masing tanpa memikirkan soal etika yang seiring dengan rasa tanggungjawab.
"Pengamal media arus perdana perlu menjalani latihan kewartawanan sepanjang tempoh bergelar wartawan kadet mengikut tempoh yang ditetapkan agensi masing-masing, sebelum disahkan jawatannya selaku wartawan. Ini tidak sama dengan wartawan segera yang menulis hanya kerana ingin menulis tanpa mendapat latihan kewartawanan secara rasmi," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.
Pada 20 Feb lepas, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu yang ditambah baik daripada Etika Wartawan Malaysia yang diterbitkan MPI pada 1989.
Mengenai Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang mengangkat tema "Etika Teras Kewartawanan Mapan", Mohamad Fauzi berkata, pihaknya berharap sambutan berkenaan akan meningkatkan lagi pelaporan berita yang bertanggungjawab untuk manfaat rakyat dan negara.
"Tema HAWANA tahun ini selari dengan komitmen setiap agensi media arus perdana di negara ini untuk menyampaikan berita dan maklumat berkenaan dasar dan polisi yang dilaksanakan Kerajaan MADANI bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.
"Kami komited untuk memikul tanggungjawab dan amanah ini sebagai sebahagian komuniti dalam masyarakat berbilang kaum dan agama yang mahu melihat media tempatan terus maju di persada antarabangsa," kata Mohamad Fauzi.
Sambutan HAWANA 2024 akan diadakan pada 25 hingga 27 Mei di Kuching, Sarawak dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan kemuncak sambutan yang memasuki edisi keempat tahun ini, selepas diperkenalkan di ibu negara pada 2018, dan sambutan berikutnya di Melaka (2022) dan Perak (2023).
Pelbagai program dirangka bersempena dengan HAWANA 2024 antaranya Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024 bertemakan "Evolusi Media dalam Era Digital" yang dijangka dihadiri 600 peserta melibatkan penceramah tempatan dan luar negara yang terkenal.
Turut diadakan Program Jelajah Siswa yang merangkumi enam zon iaitu Sabah, Sarawak, Utara, Timur dan Selatan serta zon Tengah dengan pelancarannya dijadualkan pada 24 Mei ini oleh Fahmi.
Lebih 1,000 pengamal media, wakil-wakil persatuan wartawan tempatan dan wakil media dari negara-negara anggota ASEAN turut dijemput menghadiri HAWANA 2024 yang merupakan platform penting untuk fraterniti media profesional dan pakar industri, bertukar-tukar idea serta menjalinkan hubungan strategik.
HAWANA 2024 merupakan perhimpunan terbesar wartawan Malaysia dan dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak, manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) ialah agensi pelaksana acara tahunan itu.
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939 bagi meraikan sumbangan pemain industri yang menjadi medium bagi membentuk minda masyarakat bermaklumat dalam memupuk kerjasama dan memacu perubahan positif dalam industri - BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024
Peningkatan kualiti mustahak untuk memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Pulau Pinang sedang kaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas
Kerajaan negeri sedang mengkaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan.
AWANI Borneo [30/05/2024] - Ibu Kota Nusantara | Subsidi diesel | Pesta Kaamatan
AWANI Borneo Selasa, 30 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Ibu Kota Nusantara : KDN kaji buka sempadan baharu di Sabah & Sarawak.
SKDS 2.0 : Pelaksanaan di Sabah dan Sarawak, pantau pelaksanaan di Semenanjung dahulu.
Pesta Kaamatan : Keunikan budaya Dusun Tatana.
Ibu Kota Nusantara : KDN kaji buka sempadan baharu di Sabah & Sarawak.
SKDS 2.0 : Pelaksanaan di Sabah dan Sarawak, pantau pelaksanaan di Semenanjung dahulu.
Pesta Kaamatan : Keunikan budaya Dusun Tatana.
Buruh binaan warga India didakwa tunjuk kemaluan dalam lif
Sewa Singh, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Norshila Kamaruddin.
Keluarga tahanan mati dalam lokap dapat pampasan lebih RM300,000
Mahkamah Tinggi memberikan pampasan lebih RM300,000 kepada keluarga S.Balamurugan yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis.
Pintu masuk baharu sempadan Kalimantan sedang dikaji
Kementerian Dalam Negeri sedang mengkaji pembukaan beberapa pintu sempadan baharu membabitkan kawasan yang telah dipersetujui dengan Kerajaan Republik Indonesia.
Bicara 1MDB babit Najib selesai hari ini
Pihak pendakwaan menutup kes berkenaan sejurus semua 50 individu selesai memberi keterangan terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan.
Bambarayon kerjasama Astro Fibre & ERA Sabah
ERA Sabah dengan kerjasama Astro Fibre mempersembahkan Bambarayon yang membawa maksud ‘Semangat Padi’, menampilkan Stacy Anam selaku pelantun utama dan Konco Pagi ERA, Addnan, Mijul dan Emma.
Keunikan budaya Dusun Tatana
Sub etnik dusun iaitu Dusun Tatana turut mempraktikkan budaya mengalai, moginum, serta meraikan Tahun Baru Cina atas faktor asimilasi budaya sejak ratusan tahun lalu.
Perkasa perpaduan, keharmonian berbilang kaum Sabah
Pesta Kaamatan pada tahun ini bukan sahaja berkisar tentang hasil tuaian padi, malah bertujuan untuk memperkasakan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sabah.
Perayaan jadi asas semangat perpaduan, kerukunan rakyat Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kedua-dua perayaan mampu menjadi asas kepada semangat perpaduan dan kerukunan buat seluruh rakyat Malaysia meskipun berlainan etnik, ras (kelompok) atau kaum
Wartawan bantu jayakan sistem penyampaian perkhidmatan, tangkis berita palsu
Wartawan diseru sama-sama membantu menangkis penyebaran berita palsu.
AI tidak patut dilihat sebagai ancaman
Banyak perkara yang kecerdasan buatan (AI) tidak mampu tandingi dari segi keupayaan lain yang ada pada manusia.
Berita mahkamah perlu tepat, tidak tokok tambah - Peguam, wartawan
Wartawan perlu melaporkan berita yang tepat, tidak membuat tajuk sensasi dan mengelirukan, hanya untuk mendapat sambutan daripada pembaca.
Wartawan bertanggungjawab patuhi etika dalam pelaporan berita - Ahli akademik
Wartawan mempunyai peranan penting dalam membina peradaban dan ketamadunan selain mempelopori isu-isu kemanusiaan, keamanan serta ekonomi.
Wartawan baharu perlu aktif turun padang, elak ‘cerita’ disampaikan hambar
Pengamal media perlu aktif turun lapangan bagi mencari bahan berita lebih tulen tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada maklumat diperoleh atau dikongsikan melalui media sosial.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
Pengamal media rayu campur tangan antarabangsa lindungi wartawan di zon konflik
Lebih 200 wartawan maut di Gaza, Palestin sejak Oktober 2023 tetapi tidak ada tindakan diambil terhadap pelakunya.
UNESCO hadiahkan semua wartawan Gaza anugerah PBB
Hadiah Kebebasan Akhbar Sedunia memberi penghormatan kepada sumbangan cemerlang kepada pembelaan atau promosi kebebasan akhbar.
Wartawan antara yang cedera dalam serangan Israel ke atas kem pelarian di Gaza
Antara yang cedera ialah wartawan lapangan daripada saluran TRT Arabic yang melaporkan mengenai serangan di Gaza.
Al Jazeera tuntut pembebasan segera wartawan
Ismail ditangkap pada pagi Isnin bersama beberapa wartawan lain ketika membuat liputan serangan tentera Israel ke atas hospital itu.