awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
217 Taman Rekreasi MADANI siap, 100 lagi disasar tahun ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Media dihalang masuk pusat mengundi, Setiausaha SPR mohon maaf

Arfa Yunus
Arfa Yunus
08/09/2018
05:19 MYT
Media dihalang masuk pusat mengundi, Setiausaha SPR mohon maaf
Datuk Mohamed Elias hari ini memohon maaf kepada petugas media yang tidak dibenarkan masuk ke pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana pagi ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Mohamed Elias hari ini memohon maaf kepada petugas media yang tidak dibenarkan masuk ke pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana pagi ini.
"Bagi pihak SPR, saya ingin memohon maaf kepada pihak media atas masalah komunikasi yang berlaku awal tadi.
"Saya ingin menekankan bahawa petugas media dibenarkan masuk pusat pengundian.
"Petugas media hanya tidak dibenarkan masuk di saluran mengundi sahaja," katanya semasa ditemui Astro AWANI di sini hari ini.
Sekitar jam 11 pagi tadi, seorang pegawai SPR yang difahamkan adalah Ketua Tempat Mengundi di sini tidak membenarkan wartawan dan jurugambar memasuki kawasan sekolah.
"Kalau anda boleh dapat masuk di pusat pengundian lain, silakan pergi ke situ.
"Di sini tempat saya dan saya tak benarkan media masuk.
"Untuk sidang media sebentar lagi, saya akan beri arahan yang lain," kata pegawai tersebut kepada petugas media.
Menurut Elias, kes seumpama ini jarang berlaku dan menyifatkannya sebagai masalah komunikasi.
Sementara itu, menurut Elias jumlah keluar mengundi setakat jam 12 tengahari masih rendah, iaitu hanya 25 peratus.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#BALAKONG
#Cheras
#pilihan raya
#sekolah
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan