KUALA LUMPUR: Pengamal media di Malaysia perlu memanfaatkan kebebasan bersuara dengan sebaiknya tanpa perlu menggugat keharmonian dan menimbulkan sebarang kekacauan di negara ini.
Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Yong Soo Heong berkata konsep kebebasan itu perlu diraikan secara bertanggungjawab dengan memastikan setiap kandungan yang dikeluarkan tidak menyentuh isu sensitif seperti 3R iaitu bangsa, agama dan institusi diraja hingga mengganggu keharmonian negara.
"Sepatutnya media perlu menitikberatkan perkara yang boleh membantu mempereratkan hubungan antara kaum dan bukan mencari ruang untuk memecah-belahkan masyarakat kita kerana apakah faedahnya kalau kita mendiami sesebuah masyarakat yang tidak tenteram?
"Pihak media perlu mencari ruang untuk menonjolkan kehebatan Malaysia kepada dunia luar supaya semua usaha ini akan mendatangkan faedah kepada tanah air dan bukan menumpukan kepada perkara remeh-temeh yang boleh merobohkan keharmonian dalam negara," katanya kepada Bernama.
Hari Kebebasan Media Sedunia disambut pada 3 Mei setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kebebasan akhbar dan mendukung hak kebebasan bersuara selaras dengan konsep Malaysia MADANI.
Mengenai tahap kebebasan media di negara ini, bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) itu berkata ia berada pada tahap memuaskan kerana tiada sebarang sekatan daripada pihak berkuasa asalkan tidak menyentuh perkara tentang 3R.
Malah, katanya pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan keterbukaan dalam menerima sebarang kritikan terhadapnya mahupun kerajaan menggambarkan pentadbiran kerajaan pada masa ini terbuka dalam menerima teguran dan melakukan perubahan ke arah lebih baik.
Sementara itu, Gerakan Media Merdeka (Geramm) dalam perutusan sempena Hari Kebebasan Media Sedunia memaklumkan pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia berpotensi memperkukuh kebebasan dan integriti media di negara ini.
"Langkah perundangan itu bukan sahaja menandakan komitmen tinggi untuk menegakkan kebebasan akhbar tetapi juga menjadi bukti kepada daya tahan landskap media Malaysia yang berkekalan," menurut gabungan itu.
Di Johor, Presiden Kelab Media Johor (KMJ) Mohamad Fauzi Ishak berkata sebagai sebuah negara demokrasi, kebebasan media antara aspek yang paling penting namun kebebasan itu perlu digunakan bertanggungjawab oleh semua pengamal media arus perdana.
Beliau yang juga Presiden Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) berharap semua pengamal media dapat memikul tanggungjawab tersebut dan tidak menyentuh perkara sensitif terutamanya membabitkan isu 3R serta berita palsu.
Di Terengganu, Timbalan Presiden Kelab Media dan Wartawan Terengganu (KAWAT) Zaid Mohd Noor berkata kebebasan media penting bagi membolehkan media menjalankan fungsinya dalam menyampaikan hasrat rakyat yang mempunyai hak untuk bersuara.
"Semua pihak kena dan boleh bersuara dan media perlu bebas untuk laporkan kenyataan daripada semua pihak tanpa sebarang kawalan. Ketika ini apa yang saya lihat media di Malaysia mempunyai kebebasan namun ia masih terkawal," katanya.
Sementara itu, di Kota Kinabalu, Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Datuk Muguntan Vanar berharap agar majlis media yang dicadangkan menjadi kenyataan bagi mencerminkan kebebasan media di negara ini.
"Harapan kami ia (majlis media) akan mencerminkan kebebasan akhbar. Majlis media seumpama itu, saya percaya akan membantu membolehkan kebebasan media berfungsi secara bertanggungjawab, beretika dan adil," katanya ketika dihubungi Bernama.
Pada 21 Feb lepas, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dilaporkan berkata Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia akan dibentangkan di Parlimen pada Jun ini.
Fahmi, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata rang undang-undang itu sedang disiapkan oleh Jabatan Peguam Negara dan akan dibawa ke Kabinet untuk kelulusan sebelum dibentangkan di Parlimen.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
Yong berkata konsep kebebasan itu perlu diraikan secara bertanggungjawab dengan memastikan setiap kandungan yang dikeluarkan tidak menyentuh isu sensitif. - Gambar fail/Bernama
PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Ramai penduduk Palestin yang terdesak memerlukan bantuan memintas trak dan menyebabkan penghantaran terhenti secara berterusan.
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Presiden Rusia, Vladimir Putin memuji Presiden Iran, Ebrahim Raisi sebagai rakan strategik yang sangat dipercayai dan mengesahkan hubungan baik antara Rusia dan Iran akan berterusan.
Beberapa negara boleh main peranan dalam isu Gaza, walau sementara
Setiausaha Negara AS. Antony Blinken pada Selasa berkata beberapa negara boleh memainkan peranan penting, "sekurang-kurangnya secara sementara," jika diperlukan dalam membantu menawarkan sebarang bentuk keselamatan bagi Gaza selepas perang.
Bercakap pada pendengaran Jawatankuasa Kecil Peruntukan Senat, Blinken membuat komen itu apabila ditanya sama ada beliau berpendapat bahawa Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu mempunyai keupayaan atau kemahuan untuk mengendalikan Semenanjung Gaza.
Bercakap pada pendengaran Jawatankuasa Kecil Peruntukan Senat, Blinken membuat komen itu apabila ditanya sama ada beliau berpendapat bahawa Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu mempunyai keupayaan atau kemahuan untuk mengendalikan Semenanjung Gaza.
WHO gesa Israel tarik sekatan bantuan ke Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru agar Israel menarik balik sekatan bantuan ke Gaza.
Tentera Israel terus mengganas di Jabalia, Rafah
Serangan serentak Israel di Semenanjung Gaza bulan ini telah menyebabkan penghijrahan baharu ratusan ribu rakyat Palestin.
PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merancang laluan baharu untuk mengagihkan bantuan daripada jeti binaan Amerika Syarikat di Gaza.
Tentera Israel terus mengganas di Jabalia dan Rafah
Tentera Israel menceroboh lebih dalam ke Jabalia di utara Gaza, menyerang sebuah hospital dan memusnahkan kawasan kediaman dengan kereta kebal dan pengeboman udara, pada Selasa.
Berjihad tawarkan kepakaran memasak kepada 31,600 jemaah di tanah suci
Chef Anas Ahmad dari Perlis memilih untuk tinggalkan keluarga dan lupakan bisnes kedai makanan hanya untuk berbakti kepada 31,600 jemaah dengan menawarkan kemahiran memasaknya atas alasan ia adalah satu jihad kerana tiada wang yang banyak untuk diberikan.
Ireland umum iktiraf negara Palestin
Pengumuman itu dijangka akan dibuat serentak dengan beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) lain iaitu Sepanyol, Slovenia dan Malta.
Netanyahu sifatkan pendakwaan ICC ke atasnya “keterlaluan”
Ketua Pendakwa Raya ICC didakwa Netanyahu telah mengeluarkan tuduhan berbahaya dan palsu.
MAPIM seru pertubuhan antarabangsa perkukuh perlindungan untuk wartawan
MAPIM menyeru pertubuhan antarabangsa dan kerajaan memperkuat perlindungan untuk wartawan memandangkan mereka turut menjalankan peranan penting dalam mengekalkan masyarakat demokrasi.
Media perlu manfaat kebebasan bersuara, rai kemajmukan Malaysia
Pengamal media di Malaysia perlu memanfaatkan kebebasan bersuara dengan sebaiknya tanpa perlu menggugat keharmonian dan menimbulkan sebarang kekacauan di negara ini.
UNESCO hadiahkan semua wartawan Gaza anugerah PBB
Hadiah Kebebasan Akhbar Sedunia memberi penghormatan kepada sumbangan cemerlang kepada pembelaan atau promosi kebebasan akhbar.
Kerajaan sedia terima kritikan, namun, tidak bertolak ansur sentimen 3R - PM Anwar
Kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna kebebasan untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati.
Etika kewartawanan bezakan wartawan warga dengan pengamal media sebenar - Fahmi
Etika kewartawanan yang teguh amat penting dalam memastikan kemampanan industri media di negara ini.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Mahkamah kekal perintah larangan bersuara terhadap pengarah, penulis skrip Mentega Terbang
Permohonan semakan berkenaan dibuat atas alasan larangan itu menyalahi undang-undang dan menyekat kebebasan bersuara.
Kebebasan media dan bersuara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ahmad Fadhli Shaari bertanyakan jaminan kerajaan tidak menyalahgunakan MCMC untuk menyekat kebebasan bersuara.
Pas gesa PM tunai janji lindungi kebebasan media
Anwar digesa menunaikan ikrar bagi mempertahankan kebebasan bersuara dan melindungi kebebasan media.
KKD tepis tohmahan kerajaan sekat kebebasan bersuara
Kementerian Komunikasi dan Digital menepis tohmahan bahawa Kerajaan Perpaduan seolah-olah menyekat kebebasan bersuara susulan beberapa laman sesawang berita didakwa telah disekat.