awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ONSA perkukuh keselamatan pengguna, platform digital - KPN
ONSA pastikan internet lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga - MCMC
Gereja bersejarah Vondelkerk musnah dalam kebakaran malam Tahun Baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Netanyahu sifatkan pendakwaan ICC ke atasnya “keterlaluan”

Agensi
Agensi
21/05/2024
23:00 MYT
Netanyahu sifatkan pendakwaan ICC ke atasnya “keterlaluan”
Benjamin Netanyahu membidas tuduhan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap dirinya dan Menteri Pertahanannya yang disifatkan beliau sebagai " keterlaluan."
PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membidas tuduhan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap dirinya dan Menteri Pertahanannya yang disifatkan beliau sebagai " keterlaluan."
Kenyataan sedemikian dibuat pemimpin Israel itu dibuat selepas Ketua Pendakwa Raya ICC, Karim Khan pada Isnin memaklumkan, beliau sedang berusaha mendapatkan waran tangkap ke atas Netanyahu; Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant dan pemimpin-pemimpin kanan Hamas berhubung dakwaan jenayah perang.
Menurut Karim, tuduhan terhadap Netanyahu dan Gallant termasuk "menyebabkan pemusnahan, menyebabkan kebuluran sebagai kaedah peperangan, termasuk penafian bekalan bantuan kemanusiaan, dengan sengaja menyasarkan orang awam dalam konflik."
Susulan itu, Netanyahu menyifatkan Karim sebagai "pendakwa raya berniat jahat telah mengeluarkan tuduhan palsu… tuduhan itu berbahaya dan palsu."
Netanyahu membidas ICC dalam wawancara dengan Jake Tapper dari CNN pada Selasa.
Dengan memohon waran tangkap terhadap pemimpin Israel dan Hamas dalam tindakan yang sama, Karim menerima kecaman dan kritikan daripada Israel dan sekutu rapatnyam Amerika Syarikat (AS).
Dalam masa sama, kumpulan hak asasi memuji tindakan yang diambil ICC itu,
Panel hakim ICC kini akan mempertimbangkan permohonan Karim untuk mengeluarkan waran tangkap. Baik Israel mahupun AS - kedua-duanya bukan ahli ICC. - CNN
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#waran tangkap
#ICC
#Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan