awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MEF gesa kerajaan tumpu usaha bendung COVID-19

Bernama
Bernama
10/07/2021
20:00 MYT
MEF gesa kerajaan tumpu usaha bendung COVID-19
Syed Hussain percaya kerajaan sedang berusaha sebaik mungkin bagi membendung COVID-19, namun masih perlu memberi fokus terhadap aspek pengurusan pandemik itu. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) percaya bahawa kerajaan sedang berusaha sebaik mungkin bagi membendung COVID-19, namun masih perlu memberi fokus terhadap aspek pengurusan pandemik itu.
Presidennya Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata usaha mengekalkan kestabilan politik juga kritikal ketika krisis kerana sebarang ketidaktentuan tidak akan menguntungkan mana-mana pihak dan boleh menjejaskan kemajuan negara dalam menangani pandemik tersebut.
Dalam kenyataan pada Sabtu, beliau turut menggesa agar semua pihak untuk lebih mengutamakan kehidupan serta mata pencarian rakyat.
"Ekonomi ini perlu dibuka segera dengan tumpuan khusus terhadap segmen industri yang terjejas supaya rakyat dapat mencari sumber pendapatan masing-masing.
"Oleh kerana situasi COVID-19 ini amat dinamik dan berubah dengan pantas, ia memerlukan pelaksanaan langkah-langkah strategi yang tangkas, fleksibel dan praktikal dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau berkata, bagi memastikan keberkesanan itu, golongan seperti pihak berkepentingan industri, pengamal perubatan profesional serta pakar lain perlu dilibatkan dalam merangka strategi supaya tumpuan berkaitan lebih bersasar manakala pelan tindakan dapat dilaksanakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MEF
#Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia
#pengurusan pandemik
#COVID-19
#Syed Hussain Syed Husman
#pandemik
#kestabilan politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan