awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanik ditemui mati ditikam di Klang, dipercayai dibunuh anak

Astro Awani
Astro Awani
11/11/2016
04:54 MYT
Mekanik ditemui mati ditikam di Klang, dipercayai dibunuh anak
Satu pertengkaran dikatakan berlaku pada jam 8.30 malam tadi, menyebabkan suspek mengamuk sebelum mengurungkan diri di dalam bilik. - Foto Astro AWANI
Seorang mekanik meninggal dunia dipercayai ditikam anak bongsunya yang juga seorang pesakit mental di Jalan Tengku Badar, Klang, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad, berkata mangsa Ong Tun Hang, 58, dikatakan ditikam anak lelakinya itu yang berusia 21 tahun pada jam 1.30 pagi.
Katanya, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran di antara mangsa dan suspek selepas mangsa melarang suspek keluar dari rumah.
Pertengkaran berlaku pada jam 8.30 malam tadi, menyebabkan suspek mengamuk sebelum mengurungkan diri di dalam bilik.
Bagi mengelakkan suspek keluar dari rumah, mangsa tidur di ruang tamu berdekatan pintu utama.
Bagaimanapun, kira-kira jam 1 pagi, kakak suspek terdengar pertengkaran dan melihat suspek keluar dari rumah sebelum menemui bapanya terbaring dalam keadaan berlumuran darah.
Pemeriksaan forensik mendapati mangsa ditikam beberapa kali di belakang bahu dan rusuk kiri menggunakan pisau.
Suspek kemudiannya ditahan di sebuah kawasan tempat penyimpan lori kira-kira 800 meter dari rumahnya.
Suspek juga dikatakan mengaku telah mencuci semua pakaian yang mempunyai kesan darah dipercayai darah mangsa dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Kes kini disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#anak bunuh bapa
#Jalan Tengku Badar
#Klang
#mekanik ditikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan