KUALA LUMPUR: Mekanisme ganti rugi Festival Good Vibes 2023 (GVF 2023) yang dibatalkan serta-merta, walaupun sepatutnya berlangsung hingga esok, akan diumumkan secepat mungkin.
Menurut kenyataan festival itu, pihaknya memohon maaf kepada semua pemegang tiket, vendor, penaja dan rakan kongsi berikutan pembatalan festival itu susulan aksi dan kenyataan sangat biadab yang dipamerkan oleh artis dari United Kingdom Matty Healy daripada kumpulan "The 1975" semasa persembahan di Sepang malam tadi.
"Kami menyedari masa, tenaga dan usaha yang anda luangkan untuk menjadikan festival ini satu kejayaan, dan kami menghargai sokongan padu anda. Kami akan mengemas kini mekanisme ganti rugi kepada anda secepat mungkin.
"Kami hargai pemahaman dan sokongan berterusan anda pada masa yang mencabar ini," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu juga, keputusan pembatalan itu dibuat bagi mengikut arahan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital yang dikeluarkan pada 1.20 tengah hari tadi.
"Kementerian telah menggariskan pendiriannya yang teguh terhadap mana-mana pihak yang mencabar, mempersendakan atau melanggar undang-undang Malaysia," jelas kenyataan itu.
Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengarahkan supaya penganjuran Festival Good Vibes 2023 yang masih berbaki hingga esok dibatalkan serta-merta dan pendirian Kerajaan Perpaduan adalah jelas dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia.
Fahmi sebelum itu mengadakan pertemuan dengan penganjur festival berkenaan iaitu Future Sound Asia bagi memohon penjelasan berhubung insiden kontroversi oleh artis dari United Kingdom itu ketika membuat persembahan di Litar Antarabangsa Sepang.
BACA: Aksi biadab: Fahmi minta penjelasan penganjur Good Vibes Festival 2023
Media melaporkan persembahan The 1975 dihentikan selepas vokalisnya didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023
Menurut kenyataan festival itu, pihaknya memohon maaf kepada semua pemegang tiket, vendor, penaja dan rakan kongsi berikutan pembatalan festival itu susulan aksi dan kenyataan sangat biadab yang dipamerkan oleh artis dari UK Matty Healy malam tadi.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Mekanisme ganti rugi akan diumum secepat mungkin - Festival Good Vibes
Mekanisme ganti rugi Festival Good Vibes 2023 (GVF 2023) yang dibatalkan serta-merta, walaupun sepatutnya berlangsung hingga esok, akan diumumkan secepat mungkin.