awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanisme, pelaksanaan gaji minimum diumum tidak lama lagi

Bernama
Bernama
20/03/2022
05:24 MYT
Mekanisme, pelaksanaan gaji minimum diumum tidak lama lagi
Langkah ini juga dijangka memberi sumbangan positif dalam merangsang ekonomi negara melalui peningkatan kuasa beli pekerja. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Perincian mekanisme dan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan akan diumumkan tidak lama lagi, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan.
Menyambut baik pengumuman pelaksanaan gaji minimum baharu mulai 1 Mei seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, Saravanan berkata ia adalah selaras dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac lepas.
"Pengumuman ini jelas seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan pekerja.
"Langkah ini juga dijangka memberi sumbangan positif dalam merangsang ekonomi negara melalui peningkatan kuasa beli pekerja," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Ismail Sabri mengumumkan bahawa kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan di seluruh negara mulai 1 Mei ini dan ia akan berkuat kuasa terlebih dahulu membabitkan syarikat-syarikat besar dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Feb 2020 dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 kepada RM1,200 sebulan ketika pembentangan Bajet 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#M Saravanan
#gaji minimum
#pendapatan
#Pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan