MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka akan melakukan rombakan besar-besaran melibatkan semua agensinya dalam masa terdekat dalam usaha memastikan dasar dan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan untuk memajukan negeri.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata rombakan berdasarkan petunjuk prestasi utama (KPI) itu dilakukan ekoran beberapa faktor antaranya budaya kerja lama seperti kerja bertangguh, tidak teliti serta kekurangan rasa termilik khususnya terhadap kerajaan negeri.
Beliau berkata selain itu, banyak perjanjian berat sebelah serta yang tidak melindungi kepentingan kerajaan negeri telah dimeterai sebelum ini yang akhirnya telah menjadi liabiliti kepada kerajaan negeri.
"Sepanjang kira-kira sembilan bulan menerajui kerajaan negeri sebagai Ketua Menteri sejak 31 Mac tahun lepas, saya belum lagi melakukan sebarang rombakan atau perubahan yang melibatkan mana-mana ketua jabatan atau agensi kerajaan negeri.
Sepanjang tempoh itu, saya hanya membiarkan dan memerhati semua penjawat awam di Melaka bekerja mengikut cara masing-masing dan pada tahun ini, saya mahu mereka segera melakukan anjakan paradigma dengan mengubah cara berfikir, bertindak dan bekerja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan amanat tahun baharu 2024 kepada penjawat awam di negeri itu yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Zaidi Johari.
Dalam pada itu, Ab Rauf berkata ketua jabatan dan agensi persekutuan di Melaka diminta berada di haluan yang sama dengan kerajaan negeri dan memberikan kerjasama sepenuhnya terutama melibatkan dasar-dasar semasa.
"Saya faham ketua jabatan dan agensi persekutuan terikat dengan KPI yang ditetapkan ibu pejabat, namun saya percaya ada ruang perbincangan supaya apa yang dirancang di peringkat negeri menepati kehendak pihak berkepentingan.
Saya juga berharap semua jabatan dan agensi persekutuan di negeri ini dapat membawa mandat negeri ke peringkat Persekutuan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ab Rauf berkata pencalonan Anugerah Seri Melaka (ASM) bagi mengiktiraf tokoh-tokoh anak Melaka yang memberi sumbangan besar di peringkat nasional atau antarabangsa, telah dibuka semalam.
Beliau berkata pencalonan itu boleh dilakukan secara dalam talian di laman sesawang rasmi ASM iaitu https://www.asm-melaka.my/ sehingga 31 Mac depan.
"ASM dianugerahkan kepada anak kelahiran Melaka dan mendapat pendidikan awal di negeri ini dan calon merupakan ikon dalam pelbagai bidang seperti perkhidmatan awam, korporat, seni, budaya dan sukan.
Tokoh-tokoh ini nanti boleh bersama-sama kerajaan negeri menyumbang idea untuk pembangunan Melaka pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024
Ab Rauf berkata, rombakan dilakukan ekoran beberapa faktor antaranya budaya kerja lama seperti kerja bertangguh, tidak teliti serta kekurangan rasa termilik khususnya terhadap kerajaan negeri. - Gambar fail
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Ribuan berarak, beri penghormatan kepada Ebrahim Raisi
Penghormatan terakhir diberikan kepada Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya yang maut dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Suara Rakyat: Para nelayan harap tidak beri kesan kepada komuniti maritim
Rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan diharap tidak memberi kesan kepada para nelayan.
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
Pendidikan TVET, industri halal Malaysia-Hong Kong digiatkan
Hong Kong bersedia berkongsi kepakaran dalam pendidikan teknikal dan vokasional dengan Malaysia.
Tidak timbul isu lewat selesai skolah daif, pelaksanaan ikut giliran dan jadual
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan tidak timbul isu lewat naik taraf sekolah daif kerana ia dilaksanakan mengikut giliran dan jadual ditetapkan kerajaan.
Gaji Ketua Menteri Melaka, Exco dipotong 10 peratus selama setahun bermula Januari
Selain potongan gaji 10 peratus, kerajaan Melaka juga umum Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada 5,000 penjawat negeri ini.
Melaka umum 35 pelantikan baharu jawatan utama pentadbiran kerajaan negeri
Pelantikan bagi memantapkan dan melancarkan proses tadbir urus serta sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Pulau Besar Melaka hendak dijual kepada Singapura? Ketua Menteri tampil dengan penjelasan
Kerajaan negeri Melaka menafikan dakwaan bakal menjual pemilikan Pulau Besar kepada syarikat swasta dari Singapura untuk dibangunkan.