Kerajaan negeri Melaka hari ini mengumumkan 35 pelantikan baharu bagi jawatan utama dalam pentadbiran kerajaan negeri bagi memantapkan dan melancarkan proses tadbir urus serta sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan berkuat kuasa serta merta itu melibatkan empat pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri, lapan badan berkanun negeri serta 23 syarikat dan anak syarikat kerajaan negeri.

Beliau berkata bagi PBT, Datuk Zainal Abu dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB); Mohd Fadhil Hassan sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG); Datin Sapiah Haron sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Shadan Othman sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah (MPHTJ).

"Badan berkanun negeri, Mohd Ridhwan Mohd Ali dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM); Drs Mohd Nasruddin Rahman sebagai Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM); dan Datuk Azmi Hussain sebagai CEO Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM).

"Prof Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah sebagai CEO Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dan CEO Perbadanan Bioteknologi Melaka; Mohd Salleh Hamidom sebagai Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka; Datuk Yusof Jantan sebagai Pengurus Besar Yayasan Melaka dan Muhammad Ikram Ibrahim sebagai Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)," katanya.

Sulaiman berkata bagi syarikat dan anak syarikat kerajaan negeri pula Abd Rashid Abd Rahman dilantik sebagai CEO Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB); Abu Bakar Jani sebagai Pengurus Besar Melaka Sentral Sdn Bhd; Datuk Abu Bakar Abdul sebagai Pengurus Besar Panorama Melaka Sdn Bhd; dan Datuk Ariff Shah Abdullah Sani sebagai CEO Melaka International Trade Centre (MITC) Sdn Bhd.

Datuk Mashitah Ismail sebagai Pengurus Besar Amanah Finance House Berhad; Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora sebagai Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM); Amir Ali sebagai CEO Melaka Halal Hub Sdn Bhd; Muhammad Muhaimin Low Abdullah sebagai CEO Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd; dan Datuk Ibrahim Fadil sebagai CEO Pusat Zakat Melaka Berhad.

Siti Ainshah Othman sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd; Salleh Jusman sebagai CEO Kumpulan Melaka Berhad; Norita Jantan sebagai Ketua Pegawai Operasi Institut Tun Perak yang akan digabungkan dengan Institut Pengurusan dan Integriti Melaka (INSPIM); dan Datuk Seri Abdul Jalil Hamid sebagai CEO Melaka Kini.

Datuk Radhuana Salleh sebagai CEO Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd; Akmal Abdul Manap sebagai CEO Melaka International College Of Science And Technology (MiCOST); Firdaus Saedin sebagai CEO Melaka ICT Holdings Sdn Bhd; dan Fasarul Md Isa sebagai Pengurus Besar Melaka International Bowling Centre Sdn Bhd.

Datuk Salleh Md Dom sebagai Pengurus Besar Pusat Transformasi Bandar (UTC); Nurman Mohd Baroldin sebagai Pengurus Besar Institut Warisan Melaka; Khairulazni Baharuddin sebagai Pengurus MAIM Bentara Sdn Bhd; Rahim Yunos sebagai Pengurus Besar MAIM Holdings Berhad; Rohazam Bakar sebagai Pengurus MAIM Bentara Security Sdn Bhd dan Shahfulrizal A. Bakar sebagai Pengurus MAIM Industries Sdn Bhd.

-- BERNAMA