awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0

Bernama
Bernama
27/01/2025
03:10 MYT
Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Rais (tengah) ketika menyempurnakan gimik Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan Sempena Op Tahun Baru Cina 2025 JBPM Melaka di Dataran Ayer Keroh malam tadi. --fotoBERNAMA
MELAKA: Kerajaan Melaka belum membincangkan cadangan mewujudkan Jonker Walk 2.0 di Jalan Hang Tuah sebaliknya perkara itu dilihat memerlukan kajian lebih terperinci dengan mengambil kira pelbagai aspek.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.
"Walaupun kerajaan negeri menggalakkan produk baharu untuk merancakkan lagi sektor pelancongan namun perkara ini perlu diteliti secara mendalam termasuk daripada kesesuaian lokasi dan kaedah pelaksanaannya.
"Jika mahu bawa Jonker Walk ke tempat baharu, perlu ada kajian mendalam ... takut nanti bila pindah tempat baharu, tiada peniaga atau akan merosakkan suasana perniagaan yang lain," katanya kepada pemberita di Dataran Ayer Keroh di sini malam tadi.
Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka Sempena Op Perayaan Tahun Baharu Cina dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Mohd Pisar Aziz.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rais Yasin
#Jonker Walk
#pelancongan
#Melaka
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan