AYER MOLEK: Melaka dijangka mampu beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada akhir bulan ini.
Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, ia susulan berlaku perubahan pada nilai ambang yang tidak lagi berpandukan jumlah kes harian selain telah melepasi beberapa indikator yang ditetapkan.
Jelasnya, setakat ini Melaka sudah menepati kriteria itu apabila merekodkan purata di bawah paras 12.2 kes kemasukan ke hospital bagi 100,000 penduduk dalam tempoh seminggu dengan kadar 6.1 kes.
“Untuk satu minggu Melaka sehingga semalam rating kita sekitar 6.1 kes, Maknanya kita layak untuk beralih ke Fasa 2, cumanya syarat kedua adalah vaksin mesti melepasi 59 peratus vaksin lengkap dua dos baharu boleh kita beralih ke Fasa 2.
“Untuk Melaka setakat ini dos satu kita melepasi 62.2 peratus, tetapi dos kedua kita baru berada 35.3 peratus, maknanya kita perlukan sekitar 15 peratus lagi nilai ambang dan insyaAllah ianya akan tercapai selewatnya hujung bulan ini. Lebih kurang 10 hari lagi kita boleh capai nilai ambang dan beralih fasa.
Mengulas lanjut Rahmad berkata, Melaka telah mencapai 35.3 peratus penduduk lengkap divaksin, manakala penerima bagi dos satu pula sudah mencapai 62.6 peratus.
Katanya, Melaka akan menerima tambahan 477, 790 bekalan dos vaksin pelbagai jenis bulan ini sekali gus menyelesaikan masalah kekurangan vaksin yang berlaku.
Bagaimanapun katanya, pada minggu ketiga Ogos mungkin berlaku kekurangan bekalan vaksin jenis Pfizer-Biontech di Melaka berikutan jumlah bekalan yang diterima sebelum ini kurang berbanding jumlah yang diperlukan.
Susulan itu, vaksin jenis berkenaan yang sedia ada dikhaskan untuk penerima dos kedua sementara menunggu bekalan vaksin tambahan diterima.
Dalam perkembangan lain ujarnya, Melaka turut membuat permohonan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk sebuah kontena khas bagi menempatkan jenazah pesakit COVID-19 susulan bilik mayat sedia ada di hospital berkenaan kini telah berada di tahap maksima.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Aug 10 2021
Jelas Rahmad, setakat ini Melaka sudah menepati kriteria apabila merekodkan purata di bawah paras 12.2 kes kemasukan ke hospital bagi 100,000 penduduk dalam tempoh seminggu dengan kadar 6.1 kes.- Gambar fail
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.