awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka hasrat gubal undang-undang kecil PBT berhubung pemasangan QR pada ternakan

Bernama
Bernama
06/01/2025
21:00 MYT
Melaka hasrat gubal undang-undang kecil PBT berhubung pemasangan QR pada ternakan
Ab Rauf bercakap pada sidang media Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Inisiatif Kampung Digital Melaka di antara MCMC dan Kerajaan Negeri Melaka pada Isnin. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan Melaka berhasrat mewujudkan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menghendaki pemilik ternakan memasang kod respons pantas (QR) pada haiwan ternakan seperti lembu.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pemasangan kod QR itu bagi memudahkan pihak PBT menguatkuasakan undang-undang sekiranya ternakan mereka didapati berkeliaran hingga menyebabkan kemalangan jalan raya.
"Mereka (pemilik haiwan ternakan) kena mendaftar. Kod QR akan ada alamat rumah pada ternakan jadi kita boleh mengetahui pemiliknya dan tindakan boleh diambil," katanya pada sidang media selepas majlis pertukaran dokumen perjanjian Inisiatif Kampung Digital Melaka (KDM) antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan kerajaan Melaka, di sini, pada Isnin.
Turut hadir Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Azhar Arshad.
Ab Rauf berkata, menerusi pelaksanaan undang-undang itu, mana-mana haiwan ternakan yang tidak didaftarkan dalam tempoh tiga bulan serta tidak dituntut pemilik sekiranya ditangkap berkeliaran, akan dilelong.
"Penggubalan undang-undang kecil ini bertujuan memastikan pemilik menguruskan ternakan mereka dengan lebih baik dan terancang menerusi kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#pbt
#kod QR
#haiwan ternakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan