MELAKA: Melaka akan memperkasa pelancongan pendidikan di negeri ini dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) untuk meningkatkan kesedaran dan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata inisiatif itu juga dilaksanakan bertujuan menjadikan generasi muda berkenaan celik sejarah dan tidak mudah menjadi mangsa penyelewengan fakta berkaitan sejarah oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Saya telah mengadakan perjumpaan dengan Perzim khususnya rektor pendidikan dan penyelidikan untuk melibatkan anak-anak kita bermula di peringkat sekolah rendah menerusi kursus yang berunsur sejarah.
Mungkin perkara ini pernah dibuat sebelum ini dan kita ingin memperkasakan semula usaha ini kerana ia akan memberi manfaat yang besar kepada generasi muda pada masa hadapan," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Melaka yang turut dihadiri Timbalannya Datuk Zaidi Attan.
Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata pelancongan pendidikan itu juga dijangka dapat meningkatkan kedatangan pelancong ke negeri ini.
Beliau berkata selaras dengan fokus itu, kerajaan negeri juga sedang menaik taraf muzium yang terdapat di negeri ini khususnya daripada aspek fasiliti agar dapat menarik kedatangan pelancong.
Dalam pada itu mengulas sama ada kerajaan negeri akan menjadikan Melaka sebagai hab pendidikan sejarah, katanya perkara itu perlu diperhalusi terlebih dahulu di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) terlebih dahulu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023
Pelancongan pendidikan itu juga dijangka dapat meningkatkan kedatangan pelancong ke negeri ini. - Gambar hiasan
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Melaka perkasa semula pelancongan pendidikan
Inisiatif itu juga dilaksanakan bertujuan menjadikan generasi muda berkenaan celik sejarah.