MELAKA: Kerajaan Melaka menyasarkan penyediaan 350 petak pengecasan kenderaan elektrik (EVCB) di negeri itu menjelang 2025, selaras dengan Garis Panduan Perancangan EVCB yang ditetapkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, setakat ini 118 EVCB arus terus (DC) dan arus ulang-alik (AC) telah dipasang di 40 lokasi di seluruh Melaka khususnya di kawasan bandar.
"Kerajaan negeri menyambut baik inisiatif ini dan akan mengguna pakai Garis Panduan Perancangan EVCB bagi semua permohonan pembangunan stesen pengecasan kenderaan elektrik di negeri ini.
"Justeru, saya mahu Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) bertindak segera dalam memastikan peranan dan fungsi sebagai peneraju utama pembangunan teknologi hijau negeri Melaka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hab Pengecasan di Concept Hotel oleh EVPower Sdn Bhd, pada Isnin.
Turut hadir Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan dan Ketua Pegawai Eksekutif EVPower, Cornelius Ee.
Ab Rauf berkata, inisiatif oleh PTHM dan EVPower itu akan meningkatkan usaha untuk menggalakkan amalan mobiliti rendah karbon bukan sahaja dalam kalangan rakyat Melaka tetapi juga negara ini.
Beliau berkata, sebagai negeri pelancongan, usaha menambah lebih banyak EVCB juga dapat memudahkan pengguna EV ketika berkunjung ke negeri itu.
Dalam pada itu, katanya, pada masa hadapan, kerajaan negeri akan mewujudkan kawasan Zon Bebas Kenderaan khas bagi EV di negeri itu.
"Bagaimanapun, pelaksanaan inisiatif ini bergantung kepada perkembangan penggunaan EV pada masa hadapan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTHM, Mohd Hafizam Mustaffa berkata, pihaknya sedang mengenal pasti lokasi baharu pemasangan EVCB di sekitar kawasan tumpuan awam di sekitar bandar Melaka.
Beliau berkata, PTHM juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan syarikat pemasangan tapak pengecasan EV di negara ini untuk mencapai sasaran 350 EVCB menjelang 2025.
"Kita ada garis panduan untuk pembinaan stesen pengecasan EV berikutan ia melibatkan isu keselamatan kerana melibatkan penggunaan arus yang tinggi terutama bagi pengecas jenis DC.
"Sekarang ini pun sudah ada EV yang berharga di bawah RM100,000, sekali gus pengguna kenderaan EV juga dijangka meningkat dan kita tidak mahu pengguna yang berkunjung ke Melaka sukar mengecas kenderaan mereka," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024
Ab Rauf (dua, kiri) dan Cornelius Ee (tiga, kanan) melancarkan Hab Pengecas Kenderaan Elektrik oleh EVPower Sdn Bhd pada Isnin. - Gambar Bernama
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
PTHM anjur AHM 2024, sasar lebih 40 penyertaan
Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) akan menganjurkan Anugerah Hijau Melaka (AHM) 2024 pada 27 Sept depan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Hafizam Mustaffa.
Melaka sasar sedia 350 petak EVCB menjelang 2025 - Ab Rauf
Kerajaan Melaka sasar penyediaan 350 petak EVCB njelang 2025, selaras dengan Garis Panduan Perancangan EVCB yang ditetapkan PLANMalaysia.
Program 'Singgit Seposen' diperluas di Melaka untuk pertingkat amalan kitar semula
Tujuh sisa akan dibeli daripada pengguna pada harga antara RM0.10 hingga RM2.50 sekilogram, bergantung kepada kategori.
Miliki item LTTE: Kes S. Chandru dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Mahkamah Sesyen Alor Gajah membenarkan permohonan untuk memindahkan kes memiliki item berunsur perbuatan keganasan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PTHM, S. Chandru ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.