awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka sedia 34,764 petak parkir percuma selama seminggu

Bernama
Bernama
13/09/2024
15:35 MYT
Melaka sedia 34,764 petak parkir percuma selama seminggu
Rauf berkata kerajaan negeri terus mengalu-alukan ketibaan pelancong ke Melaka, selain berharap inisiatif tawaran parkir percuma ini dapat memacu pertumbuhan ekonomi sektor pelancongan negeri sempena TMM2024. - Gambar fail/Astro AWANI
MELAKA: Kerajaan Melaka menawarkan Inisiatif Khas Parkir Percuma kepada pelancong dan pengunjung di negeri itu, membabitkan kesemua 34,764 petak parkir di empat pihak berkuasa tempatan (PBT) bermula esok hingga 20 Sept.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata tawaran parkir percuma itu membabitkan 14,876 petak parkir di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), 5,000 petak parkir Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), 3,500 petak parkir Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan 11,388 petak parkir Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).
"Inisiatif Khas Parkir Percuma ini, bersempena Sambutan Hari Malaysia dan Sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung pada musim cuti sekolah, selain kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
"Tawaran khas parkir percuma ini, simbolik manifestasi penghargaan kerajaan negeri kepada pelancong dan pengunjung, yang dari Januari hingga Julai ini Melaka merekodkan kedatangan lebih 8.7 juta pelancong dan pengunjung," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Rauf berkata kerajaan negeri terus mengalu-alukan ketibaan pelancong ke Melaka, selain berharap inisiatif tawaran parkir percuma ini dapat memacu pertumbuhan ekonomi sektor pelancongan negeri sempena TMM2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#Ab Rauf Yusoh
#petak parkir percuma
#pihak berkuasa tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan