awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka tetapkan KPI tahap kebersihan

Bernama
Bernama
07/04/2023
09:44 MYT
Melaka tetapkan KPI tahap kebersihan
Usaha itu selaras dengan persediaan Tahun Melawat Melaka 2024 yang mengetengahkan tema "Mana lagi, Melakalah!". - Gambar fail
MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka akan menetapkan penilaian Indeks Prestasi Utama (KPI) kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT), Ahli Majlis dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam usaha meningkatkan tahap kebersihan di negeri ini.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata hal ini selaras dengan persediaan Tahun Melawat Melaka 2024 yang mengetengahkan tema "Mana lagi, Melakalah!".
"Saya juga akan memulakan kembali gotong-royong bersepadu sebulan dua kali atau dua minggu sekali yang akan menjadi KPI kepada setiap Ahli Majlis bagi mereka memastikan program ini dijalankan bersama JPKK.
"Jadi semangat gotong-royong ini bukan saja penting untuk kita pupuk kembali kebersamaan itu tetapi paling utama memastikan negeri ini bersih kerana tanggungjawab berkaitan kebersihan ini tidak boleh diletakkan pada bahu pihak berkuasa sahaja memandangkan rakyat adalah pihak berkepentingan yang terbesar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir ke majlis perhimpunan bulanan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Dewan Taming Sari MBMB di sini hari ini.
Rais berkata beliau juga mahu memastikan setiap pihak di bawah portfolionya tidak lagi bergerak secara silo atau berada dalam gelembung mereka sendiri.
"Kenapa tidak bekerjasama, kita kena pastikan penglibatan semua agensi dan peringkat dan dari semasa ke semasa, ia ditambah baik," katanya.
Mengulas mengenai isu berkaitan AirBnB dan inap desa di negeri ini, beliau akan merujuk kembali keputusan kerajaan negeri terdahulu yang telah dibuat.
"Kita percaya Melaka ialah negeri mesra pelancong dan untuk itu kita akan pastikan pengusaha AirBnB ataupun inap desa ini selesa untuk mengendalikan perkhidmatan mereka dan dalam masa yang sama, kita akan tengok dari aspek keselamatan dan sudut kutipan hasil bagi negeri.
"Kita akan pastikan akan ada satu situasi menang-menang untuk semua pihak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#KPI
#kebersihan
#Rais Yasin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan