awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Memiliki pistol tiruan tetap salah dari segi undang-undang - KPN

Bernama
Bernama
22/10/2015
07:48 MYT
Memiliki pistol tiruan tetap salah dari segi undang-undang - KPN
Khalid berkata apa yang dijelaskannya itu bukan perkara baharu dan orang ramai sepatutnya memberi perhatian terhadapnya. - Gambar Fail
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan memiliki senjata api tiruan tetap menjadi satu kesalahan undang-undang walau atas apa alasan sekalipun.
"Saya ingin ingatkan sesiapa juga jangan jadikan apa-apa alasan untuk miliki senjata api tiruan kerana ia tetap salah dari segi undang-undang," katanya.
Beliau mengulas penahanan seorang bekas vokalis kumpulan terkenal era 90-an kerana memiliki senjata api tiruan di Sentul di sini awal pagi semalam. Dia dibebaskan petang semalam.
Penyanyi berusia lingkungan 40-an itu dilaporkan berkata pistol itu hanyalah mainan untuk menembak cicak di rumah dan tidak menyedari menjadi kesalahan untuk memiliki pistol mainan.
"Polis akan menjalankan siasatan lanjut di bawah Akta Senjata Api 1960," kata Khalid kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya yang pertama di sini, hari ini.
Ia dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Khalid berkata apa yang dijelaskannya itu bukan perkara baharu dan orang ramai sepatutnya memberi perhatian terhadapnya.
Topic Berkaitan
#Akta Senjata Api 1960
#IGP
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#pistol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan