KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dalam mendepani cabaran keselamatan yang semakin kompleks, langkah memperkasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini menjadi satu keperluan buat kerajaan.
Beliau berkata ATM perlu memiliki keupayaan dan tahap siap siaga yang tinggi bagi memastikan keselamatan negara terus terjamin.
"Kita akan memperkasa ATM kerana ia satu keperluan bukan sahaja dari segi aset bahkan teknologi memandangkan geopolitik dan ancaman hari ini bukan lagi bersifat tradisional malah turut melibatkan isu seperti perubahan iklim serta dan terrorisme.
"Kebelakangan ini, perolehan aset penting seperti dron banyak membantu ATM dalam memastikan keselamatan negara terus terpelihara," katanya kepada Bernama sebagai mengulas titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bahawa kerajaan perlu melipatgandakan usaha untuk terus memperkasa dan memodenkan ATM.
Al-Sultan Abdullah, selaku Pemerintah Tertinggi ATM, bertitah usaha itu adalah perlu berikutan dunia sedang menyaksikan pertembungan kuasa besar tradisional dengan kemunculan kuasa baharu sekali gus menuntut kepada pembentukan ATM yang boleh dipercayai, berteknologi tinggi dan berupaya diadaptasi bagi mendepani pelbagai bentuk ancaman.
"Saya bagi pihak Kementerian Pertahanan dan ATM menjunjung kasih titah Seri Paduka," kata Mohamad.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dalam mendepani cabaran keselamatan yang semakin kompleks, langkah memperkasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini menjadi satu keperluan buat kerajaan. - Gambar fail/BERNAMA
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Memperkasa ATM satu keperluan - Mohamad Hasan
Mohamad berkata ATM perlu memiliki keupayaan dan tahap siap siaga yang tinggi bagi memastikan keselamatan negara terus terjamin.