awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menara telekomunikasi tumbang dipercayai akibat hujan lebat dan angin kencang - MCMC

Bernama
Bernama
15/06/2021
15:38 MYT
Menara telekomunikasi tumbang dipercayai akibat hujan lebat dan angin kencang - MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan pada Selasa menyatakan, ekoran kejadian gangguan liputan komunikasi dan Internet dijangka berlaku bagi pelanggan TM Unifi Mobile dan Celcom. - Gambar fail
IPOH: Sebuah menara telekomunikasi milik Telekom Malaysia Bhd (TM) yang dikongsi bersama Celcom di Seberang Perak, Perak Tengah, tumbang dipercayai akibat kejadian hujan lebat dan angin kencang pada petang Ahad.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan pada Selasa menyatakan, ekoran kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 petang itu, gangguan liputan komunikasi dan Internet dijangka berlaku bagi pelanggan TM Unifi Mobile dan Celcom.
"Lantaran itu, pihak MCMC telah mengarahkan penyedia perkhidmatan yang berada di menara tersebut untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih dengan segera.
"Sebagai langkah awal, 'Mobile Base Transceiver Station' (MBTS) akan digerakkan ke lokasi kejadian untuk memberikan perkhidmatan dan memulihkan liputan selewat-lewatnya Jumaat ini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Telekom Malaysia Bhd
#TM
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#MCMC
#TM Unifi Mobile
#celcom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan